Flipbook.

Showing posts with label Pameran Bertema 2011. Show all posts
Showing posts with label Pameran Bertema 2011. Show all posts

Friday, October 7, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PAMERAN BERTEMA PAKAIAN TRADISIONAL

10 Oktober 2011, Pihak Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pameran Bertema Pakaian Tradisional 2011. Pameran ini telah diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Antara aktiviti diadakan ialah pameran mengenai pakaian tradisional, soalan kuiz, peraduan mewarna dan pengunjung bertuah. Pn Che Norizam Binti Abdullah selaku Guru Besar SK Bangsar telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya mendapat hadiah. Moga segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Pusat Sumber SK Bangsar banyak memberi manfaat kepada warga SK Bangsar.
Pemenang Pertandingan Kuiz
Hadiah Pengunjung Bertuah Tahun 1

KUIZ

TAHUN 3

1. ADRIANA FARISYAH 3 RESPONSIF

TAHUN 4

1. INTAN YASMIN BT MAZLAN 4 INISIATIF

TAHUN 5

1. WAN NUR IWANI NADHIRAH 5 EFEKTIF

2. AIN NASUHA BT AZLAN 5 DINAMIK

3. NOR ELISYA BT WAHAB 5 FOKUS

TAHUN 6

1. SITI NUR HALIZA BT MUHD HAJA MUNIRUTHEEN 6 EFEKTIF

2. LIEW MEI KHEI 6 DINAMIK

3. NURUL SHAHHIRAH AZIZA 6 DINAMIK

PENGUNJUNG BERTUAH

TAHUN 6

1. TASHAYAINI 6 DINAMIK

2. MUHD BUSTAMAN B YUSOF 6 KREATIF

3. WAN ADZIM MUZZAMIL 6 INOVATIF

TAHUN 5

1. MASHITAH BT MOHD NOR 5 OPTIMAL

2. INTAN NUR FATEHAH BT MOHD JAMAL 5 FOKUS

3. MUHAMMAD YUSOF BIN AZMI 5 DINAMIK

TAHUN 4

1. NUR ADILA ADHARINA 4 RESPONSIF

TAHUN 3

1. WAN NOR AISYAH 3 EFEKTIF

TAHUN 2

1. NUR HIDAYAH BT MOHD ZAINI 2 EFEKTIF

2. KHAIRUL HAKIMIN B. HAMDAN 2 EFEKTIF

3. MUHAMMAD NUR HISYAM B. MOHSIN 2 PROAKTIF

TAHUN 1

1. NURUL AQILAH BINTI ZAMHARIN 1 EFEKTIF

2. WAN MUHAMMAD ALIFF 1 INOVATIF

PEMENANG PAMERAN BERTEMA PAKAIAN TRADISIONAL 2011

PERADUAN MEWARNA PAKAIAN TRADISIONAL

TAHUN 6

1. LIEW MEI KHEI 6 DINAMIK

2. AFREENA BT ABDUL MALEK 6 INISIATIF

3. AINA ANIS CAMELIA BT AHMAD NAWAWI 6 DINAMIK

TAHUN 5

1. SITI AMINAH BT MANSOR 5 DINAMIK

2. MAIZATUL AMIRAH BT MAHAT 5 DINAMIK

3. NURFARAHIN BINTI MOHD ZAID 5 EFEKTIF

TAHUN 4

1. NUR ANIS BALQIS 4 RESPONSIF

2. SHA AHDA NSHUHA 4 FOKUS

3. SITI MAISARAH BT ABDUL RAHMAN 4 EFEKTIF

TAHUN 3

1. KHAIRUNNISA BT AHMAD KHAIRUL 3 RESPONSIF

2. NUR SHAFIQAH BT MOHD ZAMRE 3 KREATIF

3. ASMALEANA BT MOHD NORDIN 3 RESPONSIF

TAHUN 2

1. WAN MUHAMMAD AFIQ B. MUZAMIL 2 OPTIMAL

2. NUR AINAA BALQIS BT MOHAMED YASIN 2 FOKUS

3. NOR ANIES AISHAH BT ALIAS 2 EFEKTIF

TAHUN 1

1. WAFATHUL BT HAMDAN 1 OPTIMAL

2. NURJULIANA BT MOHD KHUSAINI 1 FOKUS

3. AHMAD HAKIMI B. MANSOR 1 INOVATIF

Sunday, July 31, 2011

PAMERAN BERTEMA PAKAIAN TRADISIONAL MALAYSIA

Pusat Sumber SK Bangsar sedang mengadakan Pameran Bertema Pakaian Tradisional Malaysia dari 1 hingga 26 Ogos 2011. Pelbagai aktiviti sepanjang pameran ini iaitu Sudut Pameran, Pameran Buku, Kuiz, Mewarna dan pengunjung bertuah.

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.



Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang syiling perak.




Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.




Sari merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya.



Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.



Pakaian ceongsam dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat.

Ceongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'ceong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh'. Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911.


Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Pada mulanya, kolar baju antara 3 hingga 4 cm sahaja tetapi kemudiannya ditinggikan sehingga menjadi 7 cm. Ceongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.


Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri dari pada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.
Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.


Monday, February 14, 2011

Pameran Bertema "Wilayah Persekutuan " 2011

Tarikh : 7 - 28 Februari 2011
Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar

Aktiviti :
1. Soalan Kuiz Pameran Bertema
2. Pengunjung Bertuah
3. Peraduan Mewarna Logo Hari Wilayah

Sudut Pameran Bertema
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...