Flipbook.

Showing posts with label SURAT LAWATAN KE JPWP. Show all posts
Showing posts with label SURAT LAWATAN KE JPWP. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

SOALAN LAWATAN KE KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SHAH ALAM SELANGOR
28 JUN 2012 (KHAMIS)
Kumpulan : _____________________                       Tahun : ____________
1.        Kumpulan Media Karangkraf terletak di _______________________________.
2.        Namakan pemandu pelancong lawatan di Kumpulan Media Karangkraf _______________________________________________
3.        Namakan surat khabar harian yang dikeluarkan oleh Kumpulan Media Karangkraf _________________________________________.
4.        Kumpulan Media Karangkraf ditubuhkan pada _________________.
5.        Namakan majalah berbentuk masakan ____________________________
6.        Namakan majalah yang berkaitan dengan kesihatan _________________.
7.        Nyatakan 2 kebaikan yang kamu dapat daripada lawatan ke Karangkraf.
i. ____________________________________________________________
ii. ____________________________________________________________
8.        Nyatakan 5 nilai murni yang diperolehi daripada lawatan ini.
9.        Sediakan satu laporan lawatan.
10.     Kami suka mengikuti lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam
Selangor kerana _________________________________________________
_______________________________________________________________
Nama ahli kumpulan : ___________________________________________________

SURAT MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN KE KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF


Tarikh : 9 Mei 2012

Kepada,

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Persiaran Duta , Off Jalan Duta,
50604 Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa SK Bangsar akan mengadakan satu lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam pada 28 Jun  2012 (Khamis).

3.         Untuk pengetahuan pihak tuan, waktu lawatan tersebut pada waktu persekolahan. Oleh itu, pihak kami memohon kebenaran pihak tuan bagi menjayakan lawatan tersebut. Jumlah murid yang terlibat dalam lawatan ini ialah seramai 40 orang murid dari tahun4, 5,6 dan guru pengiring seramai 4 orang.

4.         Bersama-sama surat ini, kami sertakan jadual lawatan/ aktiviti untuk makluman pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang menjalankan tugas,


……………………………………….






s.k  1. Fail Surat Lawatan



SURAT PERMOHONAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

SK BANGSAR
JALAN PANTAI BAHARU
59200 KUALA LUMPUR
                                                                               
                                                                                     RUJ. TUAN : _______________

                                                                                    RUJ KAMI  : _______________

                                                                                    TARIKH      : 9 MEI  2012

Pengarah,
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan,
Persiaran Duta Off Jalan Duta,
50604 KUALA LUMPUR
UP: UNIT PERHUBUNGAN, PENDAFTARAN DAN PENDIDIKAN SWASTA

Tuan,

PERMOHONAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Bersama-sama ini dilampirkan dokmen-dokumen berikut untuk perhatian pihak tuan selanjutnya :

            2.1 Borang PS1                                                - 4 Salinan
            2.2 Borang PS2                                                - 5 Salinan
            2.3 Borang PS3                                                 - 5 Salinan
            2.4 Senarai nama murid dan guru pengiring         - 5 Salinan
            2.5 Surat Kebenaran Lawatan                             - 1 salinan
            2.6 Kertas Cadangan Lawatan                            - 1 Salinan
            2.7 Soalan Kuiz Lawatan                                    - 1 Salinan

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...