Flipbook.
Thursday, December 29, 2011
HARI PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH
Pada 28 Disember 2011, pendaftaran Tahun 1 dan prasekolah telah diadakan di Dewan Bestari SK Bangsar. Pihak Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan selamat datang ke SK Bangsar buat adik-adik Tahun 1 dan Prasekolah.
Thursday, December 15, 2011
Kemahiran Membaca
Membaca merupakan proses berfikir yang melibatkan daya pemikiran yang berkaitan dengan perkara-perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dan memberi idea serta mengaplikasikan maklumat dalam situasi atau pengalaman yang baru. Ia merupakan perhubungan antara pembaca dengan penulis serta idea-ideanya yang berinteraksi secara berterusan.
TEKNIK MEMBACA
1. Tetapkan matlamat membaca.
2. Membuat catatan semasa membaca memudahkan mengingati fakta-fakta penting.
3. Lakukan tinjauan pada teks yang diberi dengan memberi penekanan kepada tulisan berhuruf tebal, gambar rajah atau graf yang membantu menerangkan sesuatu konsep yang berkaitan dengan tajuk.
4. Baca pengenalan dan kesimpulan.
5. Baca dan berikan tumpuan baris pertama setiap perenggan.
6. Berikan sepenuh tumpuan pada bacaan agar mudah memahami maksud.
7. Keupayaan pembaca menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, dapat membantu melancarkan lagi pemahaman ke atas bahan bacaan.
Sumber : Majalah Kuntum November/ Disember 2011

Tuesday, December 13, 2011
ISTIADAT KEBERANGKATAN BALIK SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Sunday, November 27, 2011
Salam Maal Hijrah
Friday, November 18, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)