Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak
untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali
sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir
bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak
disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan
tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di
Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan
dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk
Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum
merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan
persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai
pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah upacara persembahan selesai, perayaan Gawai secara tradisi
dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok
istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di
rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan
minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang
bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.
Salah satu
acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari
akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan
menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai, perhiasan
tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi
turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk
dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak
yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.
Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.
Sumber :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=103:hari-gawai-&catid=22:perayaan-perayaan-
Flipbook.
Thursday, May 31, 2012
Tuesday, May 29, 2012
PESTA KAAMATAN
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Antara
sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian
Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan
perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan
paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras
bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak
yang dimainkan.
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan
SELAMAT BERCUTI
Selamat bercuti untuk Penggal 1 26 Mei - 10 Jun.
Friday, May 25, 2012
Monday, May 21, 2012
MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN TOGETHER WE LEARN TOGETHER WE SERVE
Tarikh : 21 Mei 2012
Masa : 9.30 - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Arif Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
Pada 21 Mei 2012, bertempat di Dewan Arif Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah diadakan Majlis Penutupan dan Penyerahan Sumbangan daripada pelajar Universiti Malaya. 3 orang pelajar dari Universiti Malaya iaitu daripada Siti Nurfatihah, Radhiah, dan Muhammad Faiz, kerana sudi memilih Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan projek "Together We Learn, Together We Serve" pada 23 April - 4 Mei 2012
Mereka bertiga telah melaksanakan projek ini dengan jayanya. Antara program yang telah diadakan ialah Pameran Bertema Makanan Tradisional Malaysia yang diadakan selama 2 minggu. Pelbagai aktiviti yang dijalankan berorientasi Literasi Maklumat yang merupakan salah satu bidang Pusat Sumber Sekolah. Mereka telah menyediakan sudut pameran bertema di dalam Pusat Sumber Sekolah. Bahan pameran diperolehi daripada internet dan majalah yang dipilih di Pusat Sumber. Sudut pameran ini dihias begitu ceria untuk menarik murid membaca dan mencari maklumat berkaitan dengan makanan tradisional.

Soalan
kuiz diadakan untuk murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran.
Pertandingan mewarna makanan tradisional juga diadakan untuk mencungkil bakat
dan kreativiti murid mewarna. Pada waktu rehat murid-murid berpeluang mengikuti
aktiviti permainan berkaitan dengan makanan tradisional. Murid-murid begitu
teruja untuk menjawab dan menyertai pertandingan yang diadakan. Tayangan video
pun diadakan di Bilik Media. Ini merupakan pengalaman baru bagi murid-murid SK
Bangsar.
Mereka
bertiga juga membantu Pusat Sumber memproses buku baru dalam sistem automasi
Program S-Lib. Ini dapat memberi pendedahan kepada mereka mengenai ilmu sains
perpustakaan
Pihak sekolah sememangnya mengalu-alukan
kehadiran pihak luar unutk membantu murid-murid dalam proses pembelajaran. Saya
berharap agar projek yang berbentuk service
learning ini dapat diteruskan pada masa hadapan kerana melalui projek
sebegini, banyak faedah yang diperoleh oleh pihak-pihak yang terlibat.
Ucapan daripada Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Prof. Dr. Moses Stephens Gunams Samuel selaku timbalan
dekan fakulti
Tayangan video aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Sumber SK Bangsar
Cik Norhazalina Hashim menyampaikan ucapan wakil Guru Besar SK Bangsar
Sijil Penghargaan
Sumbangan buku
Sijil Penghargaan, sumbangan buku daripada Universiti Malaya
Buku yang diterima
Sijil Penghargaan
Buku
Subscribe to:
Posts (Atom)