MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2012
21 SEPTEMBER 2012
- Mengumumkan ketibaan Pn Che Norizam Bt Abdullah
diiringi oleh pihak pentadbir masuk ke dewan.
Ulik
Mayang nyanyian asli
Dilagu Si
gadis merdu sekali;
Terima
Kasih sekalung budi,
Sudi
datang ke majlis ini.
- Dari Dewan Bestari SK Bangsar , kita akan saksikan
persembahan pembukaan Majlis Penutup
Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah iaitu tarian 1Malaysia.
- Persembahan tarian 1 Malaysia itu tadi dibawah
bimbingan Pn Norlaili, Cik Nurul Hayati dan Cik Nur Hafizah.
- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,
salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
- Yang Berusaha Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru
Besar SK Bangsar, Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum, , Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM, , Encik Ismail
Bin Ahmad GPK Kokurikulum, Pn Tanma a/p Rajasegaran Guru Penyelia Petang, guru-guru,
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Hati-hati membuka peti,
Peti pusaka zaman berzaman;
55 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang
penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis
Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian
dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan
politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya
sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar
sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan
yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang
patriotik.
Bacaan
doa:
Anugerah
dikecap si anak watan,
Mengangkat
senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.
-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan al-fadzil Ustaz Ikwan Najib Bin Badar untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
-Amin Amin
Ya Rabbal `Alamin
-Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati.
Tuah
tersenyum pada Si Teja,
Duduk
bersimpuh sambil bersila;
Kain
ditenun bersama Reja,
Ucapan
penyelaras program dipersila,
-Majlis
dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Nor Shafina Binti Yasak selaku
Guru Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
-Majlis
merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
Pahlawan
Melayu Gagah Perkasa,
Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.
-Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha Puan Che Norizam Binti
Abdullah Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia
peringkat . Dipersilakan.
- Kalungan
apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan dan sudi merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan
dan Hari Malaysia sebentar tadi.
Persembahan murid :
Bendera
berkibar di rumah Pak Agos,
Di
halaman rumah pasang pelita;
Menjelang
tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh
kemerdekaan negara kita.
-Majlis seterusnya
diteruskan dengan persembahan murid prasekolah nyanyian dan gerakan lagu
“Alhamdulillah dan Tanggal 31 Ogos’
-Begitu menarik
persembahan murid prasekolah itu tadi di bawah bimbingan Cik Amie dan Siti
Nurfazlina Guru Prasekolah.
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
-Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pakaian
tradisional oleh murid-murid prasekolah dan Tahun 4.- Begitulah tadi persembahan pakaian tradisional
yang melambangkan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia. Persembahan tadi dibawah
bimbingan Pn Nafisah, Pn Zalina dan Cik Amie.
Penyampaian hadiah murid Tahap 1
Bersyukur
menjadi rakyat Malaysia,
Bumi
bertuah indah permai;
Lima puluh lima tahun kita merdeka,
Rakyat
hidup aman damai.
Hadirin
sekalian,
-Pihak
sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
dan Hari Malaysia bagi Tahap 1. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian
hadiah.
-Oleh itu
majlis mempersilakan Pn Tanma a/p Rajasegaran selaku Penyelia Petang untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
kesudian Pn Tanma a/p Rajasegaran
penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Persembahan Murid
-Majlis diteruskan dengan persembahan pentomin dan
koir patriotik
- Persembahan pentomin dari kelas 5 Dinamik yang
bertajuk “Leftenan Adnan Wira Bangsa”.
- Pentomin ini di bawah bimbingan Pn Nafisah.
- Seterusnya persembahan koir patriotik dari kelas
4 Dinamik yang bertajuk “Joget Malaysia”.
- Begitulah persembahan koir patriotik Tahun 4 Dinamik . Kumpulan koir ini di bawah
bimbingan Cik Norhafizah Azman
Penyampaian hadiah Tahap 2
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
-Untuk
pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Tahap 2 telah menyertai pelbagai
aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Kini masa yang
dinanti-nantikan majlis penyampaian hadiah.
- Oleh
itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Che Norizam Binti Abdullah
Guru Besar SK Bangsar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis mengucapkan
terima kasih Pn Che Norizam Binti Abdullah di atas penyampaian hadiah kepada para
pemenang.
Penutup acara:
Para
hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis
Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat sekolah ini dapat
dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid
atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang
air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
-Semua
murid dan guru diminta berdiri dan
sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu
1.1
Malaysia
2.Tanggal
31
3.
Negaraku
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.