Flipbook.

Friday, June 14, 2013

PROGRAM TUNAS CEMERLANG

Program Tunas Cemerlang diadakan pada 14-16 Jun 2013 di Dewan Bestari SK Bangsar.
1.      Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi  dalam menghadapi   persediaan  UPSR.
2.      Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
3.      Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
4.      Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
5.      Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.
6.      Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan fikiran murid-murid.
a.       Dapat membahagikan murid kepada beberapa kumpulan tertentu mengikut tahap pencapaian akademik.
b.      Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap penguasaan murid.
c.       Dapat meningkatkan tahap kelulusan hasil daripada program yang telah
dirancang dan diikuti dengan hasil usaha gigih.
                                     
Fail
modul

Thursday, June 13, 2013

PAMERAN BERTEMA BONEKA

Minggu Pusat Sumber SK Bangsar diadakan pada 17-21 Jun 2013. Pameran bertema Boneka diadakan di Pusat Sumber SK Bangsar.
Encik Mohd Zulkarnain membantu memasang maklumat boneka di sudut pameran.
 Boneka jari

 Maklumat boneka
 pelbagai jenis boneka



80% dalam proses menyediakan sudut pameran

Wednesday, June 12, 2013

PAMERAN SAINS DAN MATEMATIK DI PUSAT SUMBER SK BANGSAR

Panitia Sains dan Matematik telah mewujudkan sudut Pameran Sains dan Matematik di Pusat Sumber. Bahan yang dipamerkan bahan bantu mengajar, maklumat Matematik dan pameran buku amali Sains terbaik.
Pameran Bahan Bantu Mengajar Matematik
BBM 3D
Sudut Pameran Matematik
Sudut pameran Matematik
Hasil kerja murid
Murid-murid menjawab soalan kuiz Matematik

Monday, June 10, 2013

LAPORAN PAMERAN BERTEMA TEKSTIL

LAPORAN PENUH
PAMERAN BERTEMA TEKSTIL

1.0 TAJUK PROGRAM
1.1  Pameran Bertema Tekstil
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 8 - 30 April 2013
3.0 TEMPAT
3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0 OBJEKTIF
Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
4.1       memelihara, memulihara dan mengekalkan kewujudan warisan tekstil tradisional melalui pemupukan minat dan penghayatan dikalangan generasi baru, khususnya warga SK Bangsar.
4.2       memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang hasilan pembuatan tekstil di Malaysia.
4.3       belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam
penganjuran pameran.
5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                              : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina binti Yasak –GPK HEM
                                                  Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanama Rajasegaran
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Pn Nor Asiah Bt Bidin
Naib Setiausaha                  : Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari                             :  Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera                           :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK     Hadiah                       : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                  Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
                                                  Pengawas Pusat Sumber
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
6.1 Pameran bahan maujud kain pua, batik, samarinda dan sutera.
6.2  Maklumat mengenai  permainan tradisional dari segi asal-usul.
6.3  Soalan kuiz terkumpul
6.4 Pengunjung bertuah
6.5 Pertandingan mewarna corak batik bunga dan abstrak
6.6 Pameran buku berkaitan tekstil
7.0      KUMPULAN SASARAN
Warga SK Bangsar
8.0      IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Pameran
      Bertema Tekstil.
8.2 Murid dapat mengetahui dan mengenali nama-nama tekstil.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz
tekstil dengan mencari jawapan di sudut pameran di Pusat Sumber.
8.4 Murid dapat melihat lebih dekat jenis tekstil pua, sutera, batik dan samarinda yang terdapat di sudut pameran.
8.5 Murid dapat mengcungkil bakat mewarna corak batik bunga dan abtrak melalui pertandingan mewarna.
9.0      LAPORAN
Pameran Bertema Tekstil  diadakan pada 8-30 April 2013 . Pihak AJK Pelaksana Pameran Bertema Tekstil  telah menyediakan sudut pameran bertema melalui maklumat mengenai tekstil. Warga SK Bangsar telah war-warkan mengenai pameran ini melalui laman blog PSS dan pengumuman di perhimpunan pagi serta petang.
Murid-murid diberi peluang menyertai pertandingan mewarna corak batik bunga dan abstrak. Murid-murid mengaplikasilkan kemahiran literasi maklumat dengan membaca maklumat mengenai tekstil di sudut pameran yang terdapat di Pusat Sumber Sk Bangsar. Murid-murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran melalui pertandingan kuiz yang disertai.Murid juga dapat melihat dan merasai tekstil pua, samarinda dan sutera yang dipamerkan.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 10 Jun 2013 di Dataran Perhimpunan SK Bangsar yang telah disempurnakan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
PENUTUP
Pameran ini, dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping mengetahui pelbagai jenis tekstil di Malaysia.
11.0     LAMPIRAN
11.1   Nama-nama pemenang pertandingan mewarna,  kuiz dan pengnjung bertuah.
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2013/05/nama-pemenang-pameran-bertema-tekstil.html
11.2  Gambar-gambar aktiviti sepanjang pameran bertema tekstil.
Hasil karya murid: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2013/05/pertandingan-mewarna-tekstil-batik-dan.html

Sunday, June 9, 2013

RAKAN PEMBACA

Data Rakan Pembaca SK Bangsar - 09062013


SENARAI NAMA RAKAN PEMBACA
Nama Murid

KelasJumlah Bacaan Terkumpul
 1AIMI SOFIYAH BINTI UMARD6INISIATIF358
 2AIN NURFITRAH BINTI BADRUL HISHAMD5FOKUS447
AMIRA SHAZWANA BT AHMAD SHAIFUDDIND5EFEKTIF156
 4ARIBAH BINTI ISKANDARD6DINAMIK420
FARSYAHIRA BINTI MD HAIRULNIZAMD5PROGRESIF123
FITRI NURFAIZAH BT ABDUL RAHMAND5KREATIF245
HANA HUMAIRA BINTI IDRISD5FOKUS243
 8INTAN YASMIN BIN MAZLAND6INISIATIF232
KHAIRUNNISA BINTI AHMAD KHAIRULD5DINAMIK254
10 MUHAMMAD IMRAN HAZIQ B. ADENAND4DINAMIK108
11 NIK MAZNI IRYANI B NIK MANSORD6DINAMIK215
12 NUR ADLINA AQILAH BT MOHD JOHARID4DINAMIK139
13 NUR ANIS BALQIS BT NORA AZMAND6DINAMIK127
14 NUR HIDAYAH BT IKHWAND3DINAMIK108
14 NUR IZZAH NAZLAH BT AZNAND3EFEKTIF116
16 NUR KAMALIA BT BADLI SYAHD6DINAMIK191
17 NUR SHAFIRAH BINTI AB HALIMD5INISIATIF219
18 NUR SITI BATRISYA BINTI NORAZMAND5DINAMIK542
19 NURIN KHAIRUNNISAK BINTI MOHD ZAKID5OPTIMAL358
20 NURINA AYUNI BINTI MOHD HISHAMD5DINAMIK128
21 NURUL FATIHAH BINTI ZAINID5DINAMIK189
22 NURUL HAFEZAH BINTI NOR AZMEED5OPTIMAL113
23NURUL ILYANA BT MISERANGD5EFEKTIF354
24PUTERI AINA SAADAH BT YUSOFFD3DINAMIK131
25 PUTERI NUR HASRINANI FAZIRA BT MAT ASRULKHAIRYD3DINAMIK212
26 SHAZRYANA AQEEM BT. MASWARID5EFEKTIF124
27 SITI AISYAH BINTI ADNAND5DINAMIK140
28 SITI NOOR SHAFIKAH BINTI ANUARD4INISIATIF104
29 SITI SYARIFAH BINTI TAYIBD5FOKUS123
30 TENGKU NUR AIN NATASHA BT TENGKU AHMADD5EFEKTIF392
31 WAN NUR AINA BINTI WAN MUZAMILD5DINAMIK402
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...