Flipbook.

Monday, June 10, 2013

LAPORAN PAMERAN BERTEMA TEKSTIL

LAPORAN PENUH
PAMERAN BERTEMA TEKSTIL

1.0 TAJUK PROGRAM
1.1  Pameran Bertema Tekstil
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 8 - 30 April 2013
3.0 TEMPAT
3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar
4.0 OBJEKTIF
Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
4.1       memelihara, memulihara dan mengekalkan kewujudan warisan tekstil tradisional melalui pemupukan minat dan penghayatan dikalangan generasi baru, khususnya warga SK Bangsar.
4.2       memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang hasilan pembuatan tekstil di Malaysia.
4.3       belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam
penganjuran pameran.
5.0      AJK PELAKSANA
Penasihat                              : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina binti Yasak –GPK HEM
                                                  Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanama Rajasegaran
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Pn Nor Asiah Bt Bidin
Naib Setiausaha                  : Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari                             :  Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera                           :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK     Hadiah                       : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                  Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
                                                  Pengawas Pusat Sumber
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
6.1 Pameran bahan maujud kain pua, batik, samarinda dan sutera.
6.2  Maklumat mengenai  permainan tradisional dari segi asal-usul.
6.3  Soalan kuiz terkumpul
6.4 Pengunjung bertuah
6.5 Pertandingan mewarna corak batik bunga dan abstrak
6.6 Pameran buku berkaitan tekstil
7.0      KUMPULAN SASARAN
Warga SK Bangsar
8.0      IMPAK
8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Pameran
      Bertema Tekstil.
8.2 Murid dapat mengetahui dan mengenali nama-nama tekstil.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz
tekstil dengan mencari jawapan di sudut pameran di Pusat Sumber.
8.4 Murid dapat melihat lebih dekat jenis tekstil pua, sutera, batik dan samarinda yang terdapat di sudut pameran.
8.5 Murid dapat mengcungkil bakat mewarna corak batik bunga dan abtrak melalui pertandingan mewarna.
9.0      LAPORAN
Pameran Bertema Tekstil  diadakan pada 8-30 April 2013 . Pihak AJK Pelaksana Pameran Bertema Tekstil  telah menyediakan sudut pameran bertema melalui maklumat mengenai tekstil. Warga SK Bangsar telah war-warkan mengenai pameran ini melalui laman blog PSS dan pengumuman di perhimpunan pagi serta petang.
Murid-murid diberi peluang menyertai pertandingan mewarna corak batik bunga dan abstrak. Murid-murid mengaplikasilkan kemahiran literasi maklumat dengan membaca maklumat mengenai tekstil di sudut pameran yang terdapat di Pusat Sumber Sk Bangsar. Murid-murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran melalui pertandingan kuiz yang disertai.Murid juga dapat melihat dan merasai tekstil pua, samarinda dan sutera yang dipamerkan.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 10 Jun 2013 di Dataran Perhimpunan SK Bangsar yang telah disempurnakan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
PENUTUP
Pameran ini, dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping mengetahui pelbagai jenis tekstil di Malaysia.
11.0     LAMPIRAN
11.1   Nama-nama pemenang pertandingan mewarna,  kuiz dan pengnjung bertuah.
http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2013/05/nama-pemenang-pameran-bertema-tekstil.html
11.2  Gambar-gambar aktiviti sepanjang pameran bertema tekstil.
Hasil karya murid: http://pusatsumberskbangsar.blogspot.com/2013/05/pertandingan-mewarna-tekstil-batik-dan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...