Flipbook.

Friday, June 14, 2013

KERTAS CADANGAN MINGGU PUSAT SUMBER SK BANGSAR

1.0         PENDAHULUAN
1.1         Pengenalan
Pusat Sumber merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Perpustakaan salah satu daripada cabang unit yang membentuk pusat sumber. Oleh itu, murid-murid perlu mengenali dan sentiasa mendampingi pusat sumber.
Minggu Pusat Sumber dapat memupuk minat membaca di kalangan pelajar . Minggu PSS seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti pameran bertema boneka, soalan kuiz boneka, pertandingan mewarna kulit buku, mencipta watak boneka, membina boneka dan pengunjung bertuah .
Oleh itu, pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai fungsi PSS.
1.2         Rasional
Mengisi aktiviti  oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.
1.3         Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1   memupuk minat membaca di kalangan pelajar .
1.3.2 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman  Minggu PSS yang dijalankan,
            1.4       Objektif
                        Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
•           Memenuhi kriteria penilaian PSS
•           Mempromosikan PSS
•           Meningkatkan penglibatan warga sekolah dalam aktiviti yang dianjurkan 
             oleh PSS
•           Memberi peluang kepada murid melahirkan bakat mereka
•           Menggalakkan murid membaca
•           Menambahkan pengetahuan murid
1.5       Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
1.5.1     Semua warga SK Bangsar

2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat                              : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Naib Pengerusi                    : Pn Nor Shafina binti Yasak –GPK HEM
                                                  Encik Ismail Bin Ahmad – GPK Kokurikulum
                                                  Pn Tanama Rajasegaran
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Pn  Nor Asiah Bt Bidin
Naib Setiausaha                  : Pn Cik Norhamizah Binti Omar
Bendahari                             :  Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera                           :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK     Hadiah                       : Pn Wan Izyan Binti Wan Mahadi
                                                  Pn Faraezah Bt Mohd Kamal
                                                  Pengawas Pusat Sumber
Pameran dan Tayangan :   Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                  Encik Mohd Zulkarnain Bin Nordin
3.0         AKTIVITI
            3.1       Pameran bahan boneka
            3.2       Maklumat mengenai  maklumat pelbagai jenis boneka
            3.3       Soalan kuiz terkumpul
            3.4       Pengunjung bertuah
            3.5       Pertandingan mewarna kulit buku, dan mereka cipta watak boneka
            3.6       Pameran buku berkaitan boneka
            3.7       Edaran brosur Pusat Sumber
            3.8       Tayangan video boneka
4.0         TEMPAT PAMERAN
4.1         Pusat Sumber Sekolah
5.0         PERALATAN
Papan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, buku-buku boneka, pemainan DVD,CD, boneka dan maklumat daripada internet.
6.0       TARIKH PAMERAN
Jangka masa pameran  adalah :
Tarikh             :           17-21 Jun 2013
7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1 Anggaran Pembelian Hadiah
i.              Kuiz Tahap 1                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
ii.            Kuiz Tahap 2                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
iii.           Pengunjung bertuah          10 orang x RM 5.00 =RM 50.00
Tahap 1 – 5 orang murid
Tahap 2 – 5 orang murid
Jumlah = RM 50.00
iv.           Pertandingan Mewarna Kulit Buku Tahap 1  - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
v.            Pertandingan Mewarna Kulit Buku Tahap 2 - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
vi.           Pertandingan Mewarna  dan mereka cipta watak boneka Tahap 1  - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
vii.          Pertandingan Mewarna dan mereka cipta watak boneka Tahap 2 - 10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN                                RM 266.00
7.2 Bajet
Bil
Bahan
Jumlah
1.
Hadiah
RM 266.00
2.
Gambar
RM 40.00
3.
Dokumentasi
RM 30.00

Jumlah
RM 286.00

8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan  Minggu Pusat Sumber  ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.

9.0PENUTUP
Minggu Pusat Sumber Sekolah ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa Minggu PSS  itu.
Diharap dengan adanya program seumpama ini, para pelajar dan guru-guru dapat mendekatkan diri lagi dengan buku dan Pusat Sumber. Selain itu, para pelajar juga dapat menonjolkan bakat mereka dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu PSS.
Program ini juga diharap dapat menambah pengetahuan pelajar serta meningkatkan ilmu mereka. Program ini juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya dapat menjadi program yang dinanti-nantikan di sekolah setiap tahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...