Membaca merupakan proses berfikir yang melibatkan daya pemikiran yang berkaitan dengan perkara-perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dan memberi idea serta mengaplikasikan maklumat dalam situasi atau pengalaman yang baru. Ia merupakan perhubungan antara pembaca dengan penulis serta idea-ideanya yang berinteraksi secara berterusan.
TEKNIK MEMBACA
1. Tetapkan matlamat membaca.
2. Membuat catatan semasa membaca memudahkan mengingati fakta-fakta penting.
3. Lakukan tinjauan pada teks yang diberi dengan memberi penekanan kepada tulisan berhuruf tebal, gambar rajah atau graf yang membantu menerangkan sesuatu konsep yang berkaitan dengan tajuk.
4. Baca pengenalan dan kesimpulan.
5. Baca dan berikan tumpuan baris pertama setiap perenggan.
6. Berikan sepenuh tumpuan pada bacaan agar mudah memahami maksud.
7. Keupayaan pembaca menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, dapat membantu melancarkan lagi pemahaman ke atas bahan bacaan.
Sumber : Majalah Kuntum November/ Disember 2011
Flipbook.
Thursday, December 15, 2011
Tuesday, December 13, 2011
ISTIADAT KEBERANGKATAN BALIK SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Sunday, November 27, 2011
Salam Maal Hijrah
Friday, November 18, 2011
HADIAH KESELURUHAN NILAM 2011
PEMBACA TERBANYAK TAHAP 1 TAHUN 2011
1. NURUL FATIHAH BT ABD RAHIM - 3 RESPONSIF ( 184 BUAH BUKU)
2. AIN NURFITRAH BT BADRUL HISHAM - 3 FOKUS ( 132 BUAH BUKU)
3. NUR AINA SOFEA BT SAMSUL IRWAN - 3 EFEKTIF (124 BUAH BUKU)
PEMBACA TERBANYAK SESI PAGI TAHAP 2 TAHUN 2011
1. AMIRAH PUTERI BT SHAMSUDIN - 6 FOKUS (624 BUAH BUKU)
2. INTAN NURFATEHAH BT AYUB - 5 FOKUS (493 BUAH BUKU)
3. SITI SARAH BT HAZLIN - 5 FOKUS (474 BUAH BUKU)
Subscribe to:
Posts (Atom)



