Flipbook.

Monday, April 9, 2012

TENTATIF LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR DAN KL CITY GALLERY

Tarikh : 10 April 2012
Masa : 7.30 - 2.00 petang
Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan diberi soalan untuk dijawab. Hadiah diberikan kepada kumpulan yang berjaya menjawab semua soalan. Guru pengiring terdiri daripada Cik Norhazalina Binti Hashim, Pn Nor Asiah Bt Bidin, Encik Mohd Nazir Bin Majid dan Encik Zulkifli Bin Saad.
BIL
MASA
PERKARA
CATATAN

1.

7.30  pagi
Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Bangsar
-       Pembahagian kumpulan
-       Taklimat oleh guru
Mendengar taklimat
2.
7.45 pagi
Sarapan di kantin

3.
8.15  pagi
Bertolak ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Gallery

4.
9.00 pagi
Tiba di Perpustakaan Kuala Lumpur

5.
9.05  pagi
Taklimat mengenai Perpustakaan Kuala Lumpur – oleh wakil Perpustakaan Kuala Lumpur
Catatan dibuat oleh peserta
6.
9.30 pagi
Pertandingan Teka silang kata
Literasi Maklumat
7.
10.00 pagi
Pertandingan Bijak Mengeja
Literasi Maklumat
8.
10.30 pagi
Pertandingan Permainan Dalaman- Congkak
Literasi Maklumat
9.
11.30 pagi
Penyampaian Hadiah

10.
12.00 tengah hari
Jamuan

11.
12.30 tengah hari
Lawatan Kuala Lumpur City Gallery
Sesi Fotografi
Literasi Maklumat
12.
1.30 petang
Pulang ke SK Bangsar

13.
2.00 petang
Dijangka tiba ke SK Bangsar


Friday, March 30, 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SESI PETANG 2012

Majlis Pelancaran Program NILAM sesi petang telah diadakan pada 30 Mac 2012. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar.
 Backdrop
 Pn Che Norizam Bt Abdullah Guru Besar SK Bangsar menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Perasmian Program NILAM Peringkat Sekolah Sesi Petang
  
Gimik Pelancaran -Pn Che Norizam Bt Abdullah membuka big book
 
 Guru besar menulis nama dan tarikh di slip peminjaman buku
 Buku depan big book
 Isi dalam big book
 Slip peminjaman buku yang ditulis sendiri oleh guru besar - Pn Che Norizam Bt Abdullah
 Pn Nor Asiah Bidin penyelaras program NILAM sesi petang memberi taklimat NILAM untuk murid-murid Tahap 1
 Majlis penyampaian hadiah pameran bertema Wilayah Persekutuan "Labuan" 
 Peminjam buku bertuah 
Pengunjung bertuah kategori guru -Pn Nadia
Persembahan - lafaz pantun murid Tahun 1
Persembahan Bahasa Inggeris
Persembahan nyanyian lagu "Membaca Gaya Wawasan"

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM SESI PAGI 2012

Pihak Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan Majlis Perasmian Program NILAM pada 29 Mac 2012 bertempat di Dewan Bestari SK Bangsar.
Backdrop
Encik Mohd Nazir Bin Majid- Guru Media  telah menyampaikan taklimat Program NILAM
Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar telah sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah 2012.
Dua puteri membawa big book untuk ditandatangi oleh guru besar Pn Che Norizam Bt Abdullah

Pn Che Norizam Bt Abdullah menandatangani big book.
Cenderahati bunga segar dan dua buah buku yang telah diberikan kepada Pn Che Norizam Bt Abdullah kerana sudi merasmikan Majlis Pelancaran Program NILAM 2012.
Big book yang telah ditandatangani oleh Puan Che Norizam Bt Abdullah selaku Guru Besar SK Bangsar.
Majlis penyampaian hadiah Pameran Bertema Wilayah Persekutuan Labuan, Anugerah Rakan Pembaca, NILAM, emas, perak, dan gangsa. Di samping itu hadiah pembeli buku NILAM dan kad Pusat Sumber bertuah juga diberikan hadiah. Bagi mereka yang sering hadir ke PSS pengunjung bertuah bagi bulan Jan dan Februari bagi kategori guru dan murid. Bagi menggalakkan murid-murid serta guru-guru meminjam buku, hadiah peminjam bertuah juga diberikan.
Nyanyian lagu NILAM

Thursday, March 29, 2012

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER

Tarikh : 29 Mac 2012Hari : Khamis
Tempat : PKG Bangsar
 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur telah mengadakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah  untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Bengkel ini bertujuan memberi maklumat mengenai pengisian data IQPSS dan iNILAM oleh pihak sekolah. GPM perlu memahami aspek-aspek pengisian data secara atas talian, serta Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

Wednesday, March 28, 2012

PERTANDINGAN MEWARNA KULIT BUKU

Tarikh : 28 Mac 2012
Hari : Rabu
Masa : 1.30 - 2.30 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Bangsar
Aktiviti :
1. Murid diberi penerangan pertandingan mewarna kulit buku
2. Murid diberi borang kertas mewarna kulit buku.
3. Murid mewarna kulit buku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...