Flipbook.

Thursday, December 17, 2009

NILAM-Nadi Ilmu Amalan Membaca


1.0 PENGENALAN
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.NILAM adalah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program NILAM telah dimulakan dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999. Penilaian pembacan mereka diteruskan mereka tamat persekolahan.
2.0 MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan warga SK Bangsar khususnya murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca di kalangan warga SK Bangsar.
3.0 OBJEKTIF
1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga sekolah.
4.0 PELAKSANAAN
1. Rekod Bacaan (Buku NILAM)
2. Borang Rekod (penilaian guru)
3. Pengiktirafan (ganjaran mengikut tahap )
5.0 TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari - murid membaca banyak buku dan direkodkan (Buku NILAM)
2. Rakan Pembaca - murid sudah membaca 100 buku dan jalankan aktiviti pembacaan
5.1 NILAM TAHAP JAUHARI
Murid-murid wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
Pengiktirafan Tahap Jauhari
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)
5.2 NILAM RAKAN PEMBACA
1. Kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Aktiviti Tahap Jauhari diteruskan.
2. Guru Kelas Efektif dilantik sebagai Guru Pembimbing Rakan Pembaca mengikut Aliran.
3. Murid akan memilih dan meminjam buku dari PSS atau sumber lain untuk dibaca dan seterusnya meminjamkan buku tersebut kepada rakan-rakan, keluarga dan jiran.
4. Pengiraan markah bagi Tahap RP berdasarkan aktiviti yang dijalankan ialah bercerita, membaca bersama, bicara buku, meminjambuku, syarahan, lakonan dan diskusi.
Contoh Pengiraan Rakan Pembaca
Bil Aktiviti Pendengar Markah
1. Bercerita 1sesi x 20 pendengar 5
2. Bicara buku 1 sesi x 3 pendengar 3
3. Lakonan 1 sesi x 40 pengengar 5
Jumlah 13

6.0 HADIAH
Pertandingan “Program NILAM 2010”
i. Pembaca Terbanyak mengikut Aliran (Jan– Oktober 2010) Tempat 1, 2 dan 3
ii. Kelas yang paling banyak membaca mengikut Aliran ( Januari—Oktober 2010) Tempat 1,2 dan 3
iii. Keseluruhan Pembaca Terbanyak 2010 Tahap 1 dan 2
Tempat 1,2 dan 3
iv. Keseluruhan Kelas Terbanyak Membaca 2010 Tahap 1 dan 2 (Tempat 1,2 dan 3)
v Rakan Pembaca Keseluruhan Tahap 1 dan 2 (markah terbanyak) Tempat 1, 2 dan 3
Tempat 1,2, dan 3®Rakan Pembaca Tahap 1 dan 2 (Markah terbanyak keseluruhan) Tempat 1,2,3

7.0 STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN

1. Dua waktu membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
2. Gunakan masa waktu di PSS untuk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
3. Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran dan catat sedikit nota ke dalam rekod, laporan penuh direkodkan hanya apabila habis satu buku yang dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai seminggu atau tulis di whiteboard)
4. Gunakan 10-15 minit untuk membaca dengan kuat dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I,BM, Bahasa Arab,agama atau satu aktiviti formal
5. Mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan galakkan tugasan folio dan catatkan ringkasan tentang buku rujukan untuk tugasan.
6. Galakkan murid membaca pada waktu senggang di sekolah dan rumah.
CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Ø Resensi Buku Baru (tajuk/ diskusi tentang tema dll)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Pameran bertema
Ø Sudut Bacaan Kelas
8.0 PERANAN KETUA PANITIA
1. Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid.
2. Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualliti.
3. Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama Penyelaras NILAM.
4. Memantau pelaksanaan Program NILAM.
5. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
9.0 PERANAN GURU KELAS
1. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.
2. Mengalakkan murid-murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara aktif.
3. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
4. Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data NILAM.
5. Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut perancangan.
6. Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM (Guru Kelas Efektif) setiap hujung bulan.
7. Mengenal pasti murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca(Guru Kelas Efektif setiap aliran)
10.0 PENUTUP
Program ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Bangsar dan seterusnya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan serta meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid SK Bangsar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...