- Mengumumkan ketibaan
Yang Berusaha, Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK
Bangsar,
Encik Mazlan Bin Abd Maulud – YDP PIBG
Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,
Pn Nor Shafina Binti Yasak GPK HEM,
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum
masuk ke dewan.
-Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.
Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing.
1.KATA
ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Satu
Malaysua
-Yang berusaha Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK
Bangsar,
Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,
Pn Nor Shafina Binti Yasak GPK HEM,
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum,
para ibu bapa,
guru-guru, dan murid-murid Tahun 6 dan pra sekolah Kebangsaan Bangsar yang
diraikan.
- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama
meraikan Majlis Graduasi Tahun 6 dan pra sekolah pada hari ini. Ucapan
terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati
Allah.
Sarung
ketupat berisi inti,
Dibawa
budak sambil berlari;
Kehadiran
semua sangat dihargai,
Moga
Majlis bertambah seri.
-Untuk makluman para hadirin sekalian, matlamat majlis
ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid Tahun 6 dan
Pra sekolah yang telah berjaya
menamatkan sesi pembelajaran di SK Bangsar bagi tahun 2012.
Bacaan
doa,
Bunga
mawar cantik tersemat,
Dipetik
gadis di tepi titi;
Doa
dibaca memohon Rahmat,
Moga
Majlis sentiasa diberkati.
Bagi
menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Ustaz Abdul Halim Bin Tasliman Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin
Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Abdul Halim Bin Tasliman atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan
Guru Besar dan perasmian
Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn Che
Norizam Binti Abdullah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah Dengan segala hormatnya, majlis
mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Puan Che Norizam Binti
Abdullah di atas kesudian merasmikan Majlis Graduasi Tahun 6 dan pra sekolah 2012.
Penyampaian
anugerah
Hadirin
yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha
gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya
diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
-Hadirin sekalian
- Majlis mempersilakan Encik Mohd Ali Bin Kasmun selaku
Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum mengiringi Pn Che Norizam Binti
Abdullah Guru Besar SK Bangsar naik ke pentas untuk menyempurnakan penyampaian
anugerah. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
- Terima kasih diucapkan kepada Pn Che Norizam Binti
Abdullah di atas kesudian menyempurnakan
majlis.
-Sekalung tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah.
Diharapkan penganugerahan ini dapat menyuntik semangat kepada para murid-murid untuk
terus menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang.
Akhir
acara
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk
kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Majlis
berakhir penuh syafaat
Menjadi
ingatan sepanjang zaman
Amalan
sepakat membawa berkat
Hidup
beramal bertunjang iman.
Kalau
ada jarum yang patah
Banyak
kain tidak berjahit
Kalau
ada silap dan salah
Jangan
jadikan kenangan pahit
-Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T
dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah
bernama insan.
Dengan ini tamatlah sudah Majlis Hari Graduasi Tahun 6 dan Pra Sekolah.
Pengkalan
raja desa mahkota,
Tanjung
piai tempat seloka;
Ampun
dipohon maaf dipinta,
Berjumpa
lagi di lain ketika.
Saya
akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi
Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum
Warahmatullah Hiwabarakatuh.
jemput blogwalking ye.. https://doubledeeya.blogspot.my/
ReplyDeleteTkasih kerana berkongsi teks ini.Mohon saya gunakan untuk majlis di sekolah saya ye.
ReplyDelete