Flipbook.

Saturday, November 10, 2012

TEKS JURUACARA MAJLIS JAMUAN PERDANA TAHUN 6 2012


1.KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
-Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
-Yang berusaha  Pn  Che Norizam Binti Abdullah Guru Besar SK Bangsar,
Encik Mazlah Bin Abd Maulud – YDP PIBG
Encik Mohd Ali Bin Kasmun GPK Tadbir dan Kurikulum,
Pn Nor Shafina Binti Yasak GPK HEM,
Encik Ismail Bin Ahmad GPK Kokurikulum,
para ibu bapa, guru-guru, dan murid-murid Tahun 6 yang diraikan.

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Langkawi;
Pemanis kata selamat datang,
Dewan nan indah Dewan Bestari.

- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama meraikan Majlis  Jamuan Perdana Tahun 6 pada malam ini. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

2.BACAAN DOA
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Ustaz _________________ Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz ______________ atas bacaan doa itu tadi.

3.UCAPAN YDP PIBG
- Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Encik Mazlan Bin Abd Maulud  untuk menyampaikan ucapan Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mazlan Bin Maulud YDP PIBG di atas kesudian menyampaikan ucapan.

4.UCAPAN GURU BESAR
Hadirin sekalian,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn Che Norizam Binti Abdullah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Jamuan Tahun 6 . Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima Kasih diucapkan kepada Puan Che Norizam Binti Abdullah di atas kesudian merasmikan Jamuan Perdana Tahun 6.

5.JAMUAN MAKAN
Terbang rendah burung tempua,
Hinggap berdua di dahan ara:
Hidangan di meja sudah tersedia,
Dijemput tuan menjamu selera.

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan

6. PERSEMBAHAN GURU
Sementara para hadirin menikmati jamuan makan. Hadirin sekalian akan dihiburkan dengan persembahan daripada guru-guru.

7. PENYAMPAIAN HADIAH AKTIVITI SELEPAS UPSR
Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu majlis penyampaian hadiah aktiviti selepas UPSR.
Majlis mempersilakan _________________________________________ untuk  menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

8. PERSEMBAHAN MURID
Majlis seterusnya ialah persembahan murid, iaitu persembahan karaoke- Pemenang Idola Kecil solo dan kumpulan.

9.CABUTAN BERTUAH 1:
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Seterusnya , tuah ayam tampak di kaki, tuah kita siapa yang kena.
Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di kalangan kita.
Bagi maksud tersebut, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia _________________ untuk membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
10. PERSEMBAHAN – BEBAS

11. CABUTAN 2

12. PENUTUP
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis kita sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon sedikit kesempatan untuk merakamkan sekalungan bunga terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan acara malam ini berlangsung dengan jayanya.
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...