Flipbook.

Monday, February 20, 2012

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH : ZON TENGAH

Tarikh :20-23 Februari 2012
Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor
Seramai 50 orang Guru Perpustakaan dan Media dari negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah terpilih untuk mengikuti Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor pada 20-23 Februari 2012. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara.
Pekeliling Ikhtisas Bil 10/200 (bertarikh April 2000) mengaskan bahawa kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam perlaksanaan program berkaitan Pusat Sumber(PSS) di seluruh negara. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan memperkembankan potensi individu sepenuhnya dan seterusnya mengupayakan generasi muda untuk mengharungi cabaran dunia abad ke 21 dengan lebih cemerlang.
  Setiap sekolah diperuntukkan seorang (1) Guru Perpustakaan dan Media (GPM) melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005. Pekeliling ini menggariskan senarai tugas GPM bagi mencapai objektif PSS berikut:
    * Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis.
    * Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah.
    * Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
    * Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
  Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat dan dinamik memberi kesan yang besar dalam pelaksanaan pembudayaan literasi maklumat di sekolah. Perkembangan ini turut mengubah lanskap pengurusan PSS dan pelaksanaan program dan aktiviti galakan membaca dan kemahiran maklumat.
 Justeru, GPM perlu mempunyai kompetensi untuk merealisasikan objektif PSS di atas yang menjurus kepada pengurusan PSS abad ke-21 atau dikenali dengan nama seperti Pusat Sumber Digital, Pusat Sumber merentas sempadan dan masa (ubiquitous). Oleh itu, mereka perlu diberi pendedahan, kesedaran, pengetahuan  (pedagogi, pengisian) dan kemahiran  berkaitan peranan mereka dalam pengurusan perubahan agar pembudayaan literasi maklumat di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Layari laman web ....http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/
 Sumber :
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/program-aktiviti/152-miscellaneous/275-bengkel-pemantapan-pengurusan-pusat-sumber-sekolah.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...