Flipbook.

Saturday, February 25, 2012

KEMUDAHAN PUSAT SUMBER SK BANGSAR

Sudut bacaan guru
InfoPSS
Big Book
Raga Ilmu
Sudut pameran
Pohon ilmu Bahasa Inggeris
Pameran pakaian tradisional Malaysia
Papan kenyataan Pusat Sumber SK Bangsar di lorong ilmuMaklumat Sistem Dewey, Program NILAM dan peraturan penggunaan PSS

Pusat Sumber Sekolah atau lebih dikenali sebagai PSS adalah satu tempat dimana dikumpulkan segala jenis alat dan bahan media pendidikan. Semua bahan dan alat ini dikelaskan, dikatalogkan dan disusun atur supaya pengguna mudah untuk menggunakannya.
Kebanyakkan guru ataupun murid telah tersalah anggap. Mereka menganggapkan bahawa PSS itu adalah perpustakaan, sebenarnya PSS merangkumi keseluruhan sekolah manakala perpustakaan adalah salah satu komponen yang ada dalam PSS.Konsep sebenar PSS adalah merangkumi semua aspek pengajaran dan pembelajaran, melalui penggunaan alat dan bahan yang disediakan.

Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia berfungsi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P yang berkesan. Ia perlu menjadi ‘centre of action’ , ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi P&P, ia memainkan peranan utama sebagai agen perubahan ke arah rakyat yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi masa depan.

Tahap penggunaan PSS di kalangan guru-guru dan para pelajar SK Bangsar masih belum mencapai tahap optimum. Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...