Flipbook.

Sunday, March 11, 2012

EDUWEBTV

 EduwebTV ialah saluran TV Pendidikan yang disiarkan melalui Internet yang diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan. EduwebTV bebas untuk diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet. Pengguna boleh berdaftar sebagai guru atau ahli biasa. Mereka yang berdaftar sebagai ahli (guru & ahli biasa) sahaja yang boleh mengakses playlist dan membuat senarai pendek (shortlist) bahan yang diperlukan.
Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Pendaftaran diperlukan untuk tujuan rekod penggunaan.
EduwebTV boleh diakses melalui Internet dengan menggunakan alamat http://eduwebtv.com/
Anda hanya memerlukan talian Internet, komputer dengan sekurang-kurangnya Pentium 3, 8MB RAM, Windows Media Player Versi 9 (dan ke atas), dan Windows XP Operating System (dan ke atas).
EduwebTV mempunyai empat saluran iaitu Berita, Rancangan Khas, Kurikulum dan Panduan.
Sila hubungi Meja Bantuan Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) di talian 1-800-88-4774 atau 03-77237070 yang beroperasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat).
Sumber:
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/index.php/faqs/207-eduwebtv.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...