Flipbook.

Sunday, March 11, 2012

RAKAN NILAM

  Rakan Nilam merupakan satu konsep pembentukan Komuniti Pembaca secara maya. Rakan Nilam menggunakan gabungan teknologi terkini untuk membolehkan maklumat pembacaan dikongsi secara meluas melalui laman web, SMS, MMS dan juga email.
  Melalui konsep Rakan Nilam, maklumat pembacaan tidak lagi disimpan disesebuah sekolah sahaja, maklumat pembacaan kini telah boleh dikongsi bersama dengan Sekolah-sekolah di seluruh negara. Dengan wujudnya Kelab Rakan Nilam secara online ini, tahap pembacaan telah boleh diukur dan boleh menjadi perbandingan diatara rakan nilam dan sekolah yang lain.
  Sinopsis rakan nilam juga boleh diakses dan dikongsi oleh rakan nilam yang lain. Rakan Nilam yang membaca buku yang sama boleh bertukar-tukar fikiran dan memulakan pembincangan diantara satu sama lain melalui forum rakan nilam yang diwujudkan.
  Untuk menjadi Rakan Nilam, pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu di laman web http://rakannilam.dapat.net. Nama pengenalan yang unik akan diberikan dan ianya boleh digunakan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan nilam yang lain.
Sumber:
http://rakannilam.dapat.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...