Flipbook.

Monday, April 23, 2012

KERTAS CADANGAN PAMERAN BERTEMA MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA


PAMERAN BERTEMA
MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
1.0         PENDAHULUAN
1.1         Pengenalan

Pameran makanan tradisional di Malaysia memaparkan pelbagai jenis makanan mengikut kaum. Selain kaum Melayu, India dan Cina, pameran ini juga memperkenalkan makanan pelbagai kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. . Di Malaysia terdapat banyak makanan tradisional mengikut kaum. Oleh itu Jawatankuasa Pusat Sumber telah merancang untuk mengadakan Pameran Bertema Makanan Tradisional di Malaysia.
Pameran ini juga, sudah pastinya dapat memupuk minat membaca dikalangan pelajar . Pameran seumpama ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti  soalan kuiz, pertandingan mewarna  dan pengunjung bertuah . Pencarian maklumat oleh pelajar akan menyebabkan PSS sekolah ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk mendapatkan ilmu tetapi juga dapat menerapan maklumat mengenai bunga.
1.2         Rasional
Mengisi aktiviti secara bertema oleh Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar.
1.3         Matlamat
Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :
1.3.1   memupuk minat membaca di kalangan pelajar .
1.3.2 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari
pengalaman pameran yang dijalankan,
            1.4       Objektif
                        Berikut adalah objektif pameran yang ingin kami capai :
1.4.1     memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang makanan tradisional di Malaysia.
1.4.2     mengenali jenis-jenis makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia.
1.4.3     belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
1.4.4     memenuhi sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bagi Tahun 5.
1.5       Kumpulan Sasaran
            Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
1.5.1     Semua warga SK Bangsar
2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM PAMERAN
Penasihat                              : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                             : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Penyelaras                            : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha                           : Cik Nor Asiah Bt Bidin
Naib Setiausaha                  : Cik Amie Binti Ismail
Bendahari                             :  Cik Norfazliah Binti Mohamad
Jurukamera                           :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK     Hadiah                       : Encik Mohd Nazir Bin Majid
                                                  Pn Zalina Binti Mohamad
Sudut Pameran dan             : Siti Nurfatihah Binti Zakaria,
  Radhiah Binti Yunus
Permainan                              Muhammad Faiz Bin Mohd Amir.
                                                  Pengawas Pusat Sumber
3.0         AKTIVITI PAMERAN
            3.1       Gambar makanan tradisional.
            3.2       Maklumat mengenai  makanan dari segi asal-usul.
            3.3       Soalan kuiz terkumpul
            3.4       Pengunjung bertuah
            3.5       Makanan tradisional
            3.5       Pertandingan mewarna makanan tradisional
            3.6       Pameran buku berkaitan makanan tradisional
           
4.0         TEMPAT PAMERAN
            4.1       Pusat Sumber Sekolah

5.0         PERALATAN
Papan pameran, kertas A4, plastik liminate, paku tekan, polisterin warna, buku-buku berkaitan dengan maklumat dari internet dan  artikel makanan tradisional di Malaysia daripada internet dan majalah Saji.

6.0       TARIKH PAMERAN
Jangkamasa pameran  adalah :
Tarikh             :           23 April – 4 Mei 2012
7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Anggaran Pembelian Hadiah

i.              Kuiz Tahap 1                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
ii.            Kuiz Tahap 2                                    10 orang murid
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
iii.           Pengunjung bertuah          10 orang x RM 5.00 =RM 50.00
Tahap 1 – 5 orang murid
Tahap 2 – 5 orang murid
Jumlah = RM 50.00
iv.           Pertandingan Mewarna Tahap 1
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
v.            Pertandingan Mewarna Tahap 2
Tempat Pertama       - RM 6.00 x seorang murid = RM 6.00
Tempat Kedua          - RM 5.00 x seorang murid = RM 5.00
Tempat Ketiga          - RM 4.00 x seorang murid = RM 4.00
Saguhati                    - RM 3.00 x 7 orang murid = RM 21.00
Jumlah                      = RM 36.00
JUMLAH ANGGARAN KESELURUHAN                                RM   194.00
7.2 Bajet
Bil
Bahan
Jumlah
1.
Hadiah
RM 194.00
2.
Gambar
RM 30.00
3.
Dokumentasi
RM 30.00
4.
Ink Printer Canon
RM 80.00
5.
Makanan tradisional
Nasi lemak RM 1.00 x 30 bungkus = RM 30.00
Kuih karipap 40 sen x 30 keping     = RM 12.00
RM42.00

Jumlah
RM 376.00
 8.0 PERTIMBANGAN
Diharapkan permohonan untuk mengadakan pameran  ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak tuan.
9.0PENUTUP
Pameran ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu.
 Disediakan oleh :                                                    

…………………………………..                             
( CIK NORHAZALINA HASHIM)                          
PENYELARAS                                                       

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...