Flipbook.

Tuesday, January 1, 2013

LAPORAN PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SESI PAGI 2012


1.0     PENGENALAN 
Kem Membaca 1 Malaysia merupakan program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar . Program ini bertujuan untuk menanam serta menyemai sikap suka membaca di kalangan warga SKB khususnya pelajar-pelajar. Program ini juga bertujuan untuk menjadikan pelajar SKB sebagai pelajar berilmu.
2.0     MATLAMAT
     Program ini seharusnya dapat membantu melahirkan individu yang berilmu, bijak berfikir serta sedar tentang pentingnya membaca untuk masa depan mereka.
3.0    OBJEKTIF
Adalah diharapkan pada akhir program ini para pelajar akan dapat :   
3.1.Mengisi masa lapang murid selepas peperiksaan.
3.2.Menggerakkan program galakan membaca.
3.3.Memupuk minat membaca secara berterusan.
3.4.Mengcungkil bakat melukis dan mewarna kulit buku.
3.5.Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
4.0  TARIKH / MASA PELAKSANAAN
22 – 25  Oktober  2012
Aturcara Perasmian Kem Membaca 1 Malaysia 2012 (Sesi Pagi)
24 Oktober 2012 - Rabu
7.30 pagi
Murid berkumpul di Dewan Bestari
Guru-guru mengambil tempat
7.40 pagi
Ucapan Pengerusi Majlis
7.45 pagi
Bacaan Doa – Ustaz Mansor Bin Kamis
7.50 pagi
Taklimat Pelaksanaan Kem Membaca 1 Malaysia
oleh Norhazalina Binti Hashim
8.00 pagi
Ucapan Perasmian
Kem Membaca 1 Malaysia
Oleh Guru Besar Pn Che Norizam Binti Abdullah
8.30 pagi
Persembahan Murid
8.40 pagi
Penyampaian Hadiah
8.50  pagi
Nyanyian lagu “Membaca Gaya Wawasan”
1 Malaysia
9.00 pagi
Bersurai
5.0    JAWATANKUASA KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 
JAWATANKUASA PELAKSANAAN
PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA  2012 (SESI PAGI)
Penasihat
Pn Che Norizam bt Abdullah
Guru Besar
Pengerusi
Encik Mohd Ali b Kasmun
GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi
 Pn Nor Shafina bt Yasak
GPK HEM
Encik Ismail b Ahmad
GPK Kokurikulum
Pn Tanma a/p Rajasegaran
Penyelia Petang
Penyelaras Program
Cik Norhazalina bt  Hashim
Setiausaha
Cik Amie bt Ismail
Naib Setiausaha
Pn Mazlizawatey bt Mohd Zain
Bendahari
Cik Norfazliah bt Mohamed
Ketua Aliran
Tahun 4 – Pn Zalina bt Mohamad
Tahun 5 –En Roslan b Mokhtar
Tahun 6 – En Naharudin b Mahpot
PA Sistem
En Mohd Shahrol b Ibrahim
En Abdul Halim b Abdullah
Juruacara
Pn Hamidah bt Hashim
Pn Suzana bt Md Nawawi
Buku Program
Pn Siti Mursyidah bt Ahmad Sabri
Cik Sa’diah bt Mahmud
Gimik Perasmian
Pn Nafisah bt Yaacob
Cik Suzana bt Abdullah
Cik Nurul Hayati bt Bakar
Cik Nur Hafizah bt Azman
Persembahan
En Mohd Zulkarnain b Nordin
En Luqman b Ahmad
En Abdul Halim b Tasliman
Pn Paya Ngau
Pn Shunita Roy
Pn Mary Jessella Nathan

Backdrop
 Pn Mariah bt Abdullah
Pn Nor Aznen bt Jamil
Pn Siti Fazlina bt Saffardin
Cik Rosmaida bt Ariffin
Pn Nor Laili bt Abdul Aziz
Pn Suzy bt Mohamed
Persiapan Dewan
En Nordin b Samad
En Mohd Sabri b Che Bedolah
En Adenan b  Mustapha
Disiplin
En Norhazlesham b Mad
En Mohd Faisal b Zainal Abidin
En Ahmad Faisal b Muhd Ramli
Jurukamera
En Izatul Akma b Ab.llah
En Mohd Nazir b Majid
Hadiah :
Cik Nurfazliah bt  Muhamad
Pn Zalina bt Muhamad
Cik Amie bt Ismail
Dokumentasi
Pn Suzana bt  Ismail
Pn Siti Norsakinah bt Md Shakri

6.0   TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Bangsar
7.0   KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SK Bangsar
8.0           LAPORAN
Kem Membaca 1 Malaysia telah dilancarkan pada 24 Okt 2012 di Dewan Bestari Sk Bangsar. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Che Norizam bt Abdullah selaku Guru Besar Sk Bangsar. Cik Norhazalina Binti Hashim Guru Pusat Sumber Sekolah telah memberi taklimat Kem Membaca 1 Malaysia. Panitia yang terlibat dalam aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia ialah Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Pusat Sumber SK Bangsar telah mengadakan beberapa pertandingan antaranya pertandingan mewarna  “Membaca Menjana  Pemikiran 1 Malaysia”, pertandingan melukis  kulit  buku bagi tahap dua, 10 Minit Bersama Buku, Pertandingan Mewarna Kem Membaca 1 Malaysia bagi Prasekolah, Pengunjung Pusat Sumber Bertuah serta bengkel “Melukis Kartun Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran”. Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Membaca.
Majlis pelancaran dimeriahkan lagi dengan Gimik Perasmian yang disediakan oleh beberapa orang guru iaitu Pn Nafisah bt Yaacob, Cik Suzana bt Abdullah, Cik Nurul Hayati bt Bakar dan Cik Nur Hafizah bt Azman dengan di gimikkan oleh Guru Besar.
Majlis penyampaian hadiah pertandingan sempena program Kem Membaca 1 Malaysia ini juga diadakan pada hari tersebut  yang telah disempurnakan Pn. Che Norizam bt Abdullah, Guru Besar Sk Bangsar. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang memenangi hadiah.  
            9.0      PENUTUP
            Program Kem Membaca 1 Malaysia  ini jika dilaksanakan dengan sistematik dan terancang akan memberi impak yang baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca dikalangan  warga SK Bangsar.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap pengetahuan serta kecemerlangan  pelajar.
10.0    LAMPIRAN
10.1      Nama-nama pemenang pertandingan.
10.2     Gambar-gambar aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia 2012.
10.3     Teks Ucapan Kem Membaca 1 Malaysia
10.4     Buku Program

 Disediakan oleh :

1.      Pn Suzana bt  Ismail                                                            ..................................................

2.      Pn Siti Norsakinah bt Md Shakri                                        ………………………………….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...