Flipbook.

Sunday, January 8, 2012

PROGRAM NILAM 2012



1.0 PENGENALAN
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.NILAM adalah usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu. Program NILAM telah dimulakan dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 1999. Penilaian pembacan mereka diteruskan mereka tamat persekolahan.
2.0 MATLAMAT
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan warga SK Bangsar khususnya murid sehingga wujudnya tabiat dan budaya membaca di kalangan warga SK Bangsar.
3.0 OBJEKTIF
1. Menjadikan murid banyak membaca ( semua bidang , bahan berkualiti dan bukan sahaja pembacaan yang berorientasikan peperiksaan)
2. Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca dikalangan warga sekolah.
4.0 PELAKSANAAN
1. Rekod Bacaan (Buku NILAM)
2. Borang Rekod (penilaian guru)
3. Pengiktirafan (ganjaran mengikut tahap )
5.0 TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM
Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada dua tahap:
1. Tahap Jauhari - murid membaca banyak buku dan direkodkan (Buku NILAM)
2. Rakan Pembaca - murid sudah membaca 100 buku dan jalankan aktiviti pembacaan
5.1 NILAM TAHAP JAUHARI
Murid-murid wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).
Pengiktirafan Tahap Jauhari
90 - 179 buku - Gangsa
180 - 269 buku - Perak
270 - 359 buku - Emas
360 buku ke atas - NILAM (permata)
5.2 NILAM RAKAN PEMBACA
1. Kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Aktiviti Tahap Jauhari diteruskan.
2. Guru Kelas Inisiatif dilantik sebagai Guru Pembimbing Rakan Pembaca mengikut Aliran.
3. Murid akan memilih dan meminjam buku dari PSS atau sumber lain untuk dibaca dan seterusnya meminjamkan buku tersebut kepada rakan-rakan, keluarga dan jiran.
4. Pengiraan markah bagi Tahap RP berdasarkan aktiviti yang dijalankan ialah bercerita, membaca bersama, bicara buku, meminjambuku, syarahan, lakonan dan diskusi.
Contoh Pengiraan Rakan Pembaca
Bil Aktiviti Pendengar Markah
1. Bercerita 1sesi x 20 pendengar 5
2. Bicara buku 1 sesi x 3 pendengar 3
3. Lakonan 1 sesi x 40 pengengar 5
Jumlah 13

6.0 HADIAH
Pertandingan “Program NILAM 2012”
i. Pembaca Terbanyak mengikut Aliran (Jan– Oktober 2012) Tempat 1, 2 dan 3
ii. Kelas yang paling banyak membaca mengikut Aliran ( Januari—Oktober 2012) Tempat 1,2 dan 3
iii. Keseluruhan Pembaca Terbanyak 2012 Tahap 1 dan 2
Tempat 1,2 dan 3
iv. Keseluruhan Kelas Terbanyak Membaca 2012 Tahap 1 dan 2 (Tempat 1,2 dan 3)
v Rakan Pembaca Keseluruhan Tahap 1 dan 2 (markah terbanyak) Tempat 1, 2 dan 3
Tempat 1,2, dan 3 - Rakan Pembaca Tahap 1 dan 2 (Markah terbanyak keseluruhan) Tempat 1,2,3


7.0 STRATEGI MENJALANKAN AKTIVITI DAN MASA PELAKSANAAN
1. Dua waktu membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual kelas mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau bawa buku ke dalam kelas.
2. Gunakan masa waktu di PSS untuk menjalankan aktiviti ‘info-hunt’ (murid cari maklumat daripada bahan bacaan di PSS).
3. Gunakan 10-15 minit semasa P&P untuk membaca teks tentang sesuatu tajuk pelajaran dan catat sedikit nota ke dalam rekod, laporan penuh direkodkan hanya apabila habis satu buku yang dikongsi dalam kelas (rizzo/ berapa helai seminggu atau tulis di whiteboard)
4. Gunakan 10-15 minit untuk membaca dengan kuat dalam P&P terutamanya dalam pelajaran B.I,BM, Bahasa Arab,agama atau satu aktiviti formal
5. Mata pelajaran lain seperti Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan galakkan tugasan folio dan catatkan ringkasan tentang buku rujukan untuk tugasan.
6. Galakkan murid membaca pada waktu senggang di sekolah dan rumah.
CONTOH AKTIVITI MEMBACA
Ø Resensi Buku Baru (tajuk/ diskusi tentang tema dll)
Ø Ulasan buku (secara menulis/lisan)
Ø Pameran bertema
Ø Sudut Bacaan Kelas
8.0 PERANAN KETUA PANITIA
1. Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk murid.
2. Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan berkualliti.
3. Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program NILAM bersama Penyelaras NILAM.
4. Memantau pelaksanaan Program NILAM.
5. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
9.0 PERANAN GURU KELAS
1. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing.
2. Mengalakkan murid-murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara aktif.
3. Menyemak dan mengesahkan rekod bacaan murid.
4. Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data NILAM.
5. Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut perancangan.
6. Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM (Guru Kelas Inisiatif) setiap hujung bulan.
7. Mengenal pasti murid yang layak ke tahap Rakan Pembaca kepada Guru Pembimbing Rakan Pembaca(Guru Kelas Inisiatif setiap aliran)
10.0 PENUTUP
Program ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Bangsar dan seterusnya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan serta meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid SK Bangsar.

Saturday, January 7, 2012

CARTA ORGANISASI AJK PUSAT SUMBER SK BANGSAR 2012

JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SK BANGSAR 2012
Pengerusi : Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar
Naib Pengerusi :
En Mohd Ali Bin Kasmun - GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Nor Shafina Binti Yasak - GPK Hal Ehwal Murid
Encik Ismail Bin Ahmad - GPK Kokurikulum
Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
Setiausaha : Cik Norhazalina Binti Hashim
Naib Setiausaha : Pn Nor Asiah Binti Bidin
Ahli Jawatankuasa : Semua Ketua Panitia
Bahasa Malaysia - Pn Hamidah Binti Hamidah
Bahasa Inggeris - Pn Haymalatha a/p M.Govindasamy
Sains - Pn Suzy Binti Mohamed
Matematik - Pn Nurul Haya Binti Samsudin
Pendidikan Agama Islam- Pn Zunaini Binti Husin
Kemahiran Hidup - Encik Nordin Bin Samad
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - Cik Nur Hafizah Binti Azman
Pendidikan Seni Visual - Cik Rosmaida Binti Ariffin
Pendidikan Muzik - Pn Jascinta Shamini a/p George Samuel
Kajian Tempatan - Pn Shunita Roy ap Dilip Dar Roy
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan -Pn Vijaya Luxumy a/p K.S.S Maniam
Pendidikan Moral - Encik Rosdan Bin Abu Jadid
JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SK BANGSAR 2012
Penasihat : Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar
Pengerusi:En Mohd Ali Bin Kasmun - GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi :
Pn Nor Shafina Binti Yasak - GPK Hal Ehwal Murid
Encik Ismail Bin Ahmad - GPK Kokurikulum
Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
Setiausaha : Cik Norhazalina Binti Hashim
Naib Setiausaha : Pn Nor Asiah Binti Bidin
AJK :
Proses Teknik Buku :
1. Pn Zalina Binti Mohammad
2. Pn Nor Hasnizam Binti Mohd Nor
3. Cik Amie Binti Ismail
4. Pn Nureliani Binti Zunus
5. Pn Mariati Binti Aman@Abd Rahman
6. Pn Roszaini Bt Mohd Zain
Keceriaan :
1. Pn Nur Laili Binti Abdul Aziz
2. Encik Afiq Bin Nazarudin
3. Pn Nornadia Bt Senin
4. Cik Nurfazliah Binti Muhamad
Publisiti :
1. Encik Zulkifli Bin Saad
2. Encik Izatul Akma Bin Ab.llah
Audio Video (APD) :
1. Encik Mohd Nazir Bin Majid
2. Pn Wan Izyan Binti Wan Mahadi
3. Encik Irwan Dani Bin Sulaiman
4. Encik Mansur Bin Kamis
5. Pn Faraezah Binti Mohd Kamal
Bahan Bantu Mengajar :
Semua Ketua Panitia

JAWATAKUASA BILIK MEDIA
Pengerusi : Pn Che Norizam Binti Abdullah - Guru Besar
Naib Pengerusi :
En Mohd Ali Bin Kasmun - GPK Tadbir dan Kurikulum
Pn Nor Shafina Binti Yasak - GPK Hal Ehwal Murid
Encik Ismail Bin Ahmad - GPK Kokurikulum
Pn Tanma a/p Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras : Encik Mohd Nazir Bin Majid
Setiausaha : Pn Wan Izyan Binti Wan Mahadi
AJK :
1. Encik Zulkifli Bin Saad
2. Irwan Dani Bin Sulaimi
3. Encik Mansur Bin Kamis
4. Encik Mohd Hafiz Bin Saad

PERATURAN PUSAT SUMBER SK BANGSAR


PERATURAN PENGGUNAAN PSS (PELAJAR)


1. Semua pelajar yang masuk ke pusat sumber mestilah berpakaian seragam sekolah dengan kemas.

2. Pelajar mesti mendaftar masuk ke PSS di Sirkulasi .

3. Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis, buku teks dan buku latihan sahaja. Buku rujukan tidak dibenarkan dibawa masuk.

4. Pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan seperti bilik automasi, bilik kerja dan kaunter sirkulasi.

5. Semua beg pelajar hendaklah diletakkan di rak penyimpanan beg di luar pusat sumber.

6. Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam pusat sumber serta tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu pelajar lain.

7. Buku yang telah dibaca mesti diletakkan di rak asalnya.

8. Pelajar dilarang menconteng, mengoyak buku dan merosakkan perabot yang terdapat di dalam pusat sumber.

9. Pelajar dilarang membawa makanan atau minuman ke dalam pusat sumber.

10. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku di kaunter.

11. Pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam pusat sumber.

12. Pintu pusat sumber mestilah sentiasa tertutup kerana alat pendingin hawa sentiasa berfungsi.

13. Kerusi dan peralatan yang digunakan hendaklah diletakkan di tempat asal dengan kemas.

14. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pusat sumber semasa waktu pembelajaran tanpa pengawasan guru.

15. Pelajar hendaklah memastikan segala kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan

PERATURAN PENGGUNAAN PSS (GURU)

1. Guru-guru yang masuk ke pusat sumber mesti merekodkan data kemasukan ke dalam fail yang disediakan.

2.Guru-guru yang membawa masuk pelajar, diminta mengawasi pelajar supaya tidak membuat bising, mencuri dan menyelerakkan buku serta bahan-bahan pusat sumber.

3.Guru-guru yang ingin meminjam buku atau bahan P&P mesti merekod peminjaman di dalam fail peminjaman buku atau bahan (kategori guru) yang disediakan di kaunter sirkulasi.

4.Tempoh peminjaman buku atau bahan sama seperti tempoh peminjaman oleh pelajar iaitu selama 1 minggu sahaja.

5.Sila pastikan pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan pameran yang dipamerkan.

6.Sila pastikan kelengkapan dan kemudahan yang digunakan oleh pelajar disusun dan dikemas semula seperti asal.

Friday, January 6, 2012

1 MURID 1 BUKU NILAM


Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
Matlamat utama Program NILAM adalah membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.
Tiga elemen Program NILAM
- Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
- Guru mengesahkan rekod bacaan pelajar. - Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca. Setiap murid SK Bangsar wajib memiliki buku NILAM.

Wednesday, January 4, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2012

Pusat Sumber SK Bangsar mengucapkan selamat kembali ke SK Bangsar untuk meneruskan perjuangan anda menuntut ilmu. Selamat datang buat adik-adik prasekolah dan murid-murid Tahun 1. Betapa bertuahnya anda memilih SK Bangsar untuk belajar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...