Flipbook.

Wednesday, February 4, 2015

PELAN STRATEGIK KELAB PUSAT SUMBER SK BANGSAR, KUALA LUMPUR TAHUN 2015


1.0 PENGENALAN

Kelab Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan bukannya untuk memperoleh ilmu pengetahuan malahan untuk menerapkan semangat cintakan ilmu pengetahuan.
Di samping itu, matlamat Kelab Pusat Sumber Sekolah juga adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta emosi. Dengan itu semua aktiviti yang dianjurkan adalah menjurus kepada penerapan nilai-nilai seperti kepentingan hidup bermasyarakat serta menilai penggunaan masa lapang yang optima yang dapat memberikan keseronokan demi kesejahteraan.
Hasrat ini dapat dipupuk melalui semu aktiviti Kelab Pusat Sumber Sekolah yang sangat mementingkan interaksi positif dalam kalangan ahli-ahli kelab dalam mengendali dan menyelesaikan tugasan atau projek yang diberikan. Semua ahli kelab adalah diharapkan dapat menambah ilmu dan mengamalkan sikap tanggungjawab, kerjasama, bertoleransi dan bantu-membantu demi mencapai aspirasi Kelap Pusat Sumber Sekolah

2.0 VISI

KELAB PSS CEMERLANG DAN BERKUALITI 
 
3.0 MISI

1.Melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas dan mempunyai potensi dalam pelbagai bidang.

2. Menjadi sebuah persatuan yang aktif, menarik dan digemari oleh para pelajar.

4.0 RASIONAL

Kelab Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang dan pilihan kepada murid terhadap pelbagai jenis kelab dan persatuan yang terdapat di sekolah. Di samping itu juga, kelab Pusat Sumber dapat membantu mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Selain itu juga, kewujudan kelab Pusat Sumber dapat memberikan semangat cintakan ilmu pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Nilai-nilai murni juga turut dapat diterap terhadap murid-murid melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Antaranya, wujudnya interaksi positif dikalangan ahli-ahli kelab dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Justeru, ianya diharapkan dapat mencapai konsep Falsafah pendidikan yang mementingkan keseimbangan dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelektual.
5.0 MATLAMAT
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat  memainkan peranan positif. Selain itu, kelab Pusat Sumber juga dapat mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer dan sains perpustakaan.
6.0 OBJEKTIF

1.    Menjalankan aktiviti yang mencabar minda murid-murid.
2.    Mewujudkan budaya membaca di kalangan murid-murid.
3.    Meningkatkan kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan ilmu sains perpustakaan.

4.    Menetapkan matlamat dan tujuan untuk setiap aktiviti yang dijalankan supaya mendapat kepuasan dan keseronokan dalam setiap aktiviti.
5.    Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab terhadap agama, keluarga, bangsa dan juga negara.
6.    Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup
7.0  JAWATANKUASA KELAB PUSAT SUMBER
KETUA GURU PENASIHAT :
CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM

PENOLONG GURU PENASIHAT :
PN ZALINA BT MOHAMAD
PN NIK NURSUHADA BT HAMID
PN SUSAN WINSTON TADING

AHLI JAWATANKUASA MURID :

PENGERUSI :
NURUL NAJIAN MOHAMED 6 FOKUS

NAIB PENGERUSI :
ALEYA SYAFIQAH AZRAN 5 DINAMIK

SETIAUSAHA :
NURUL HUSNA ROSLEE 6 DINAMIK

BENDAHARI :
MUHAMMAD HAIKAL FADLY 6 KREATIF

AJK :

TAHUN 4 :
NUR AYU AMELIA M. FAZILL - 4 EFEKTIF

TAHUN 5 :
AHMAD LUQMAN AHMAD RASHIDI

TAHUN 6 :
MUHAMMAD FAHMI ANDRI


8.0 TAKWIM / PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN
BULAN
TARIKH
MINGGU
AKTIVITI
CATATAN /TINDAKAN
Januari

1





2
Pendaftaran KoKurikulum Tahun 4

17012015
3
Perjumpaan Kokurikulum1 –
Gotong-royong


24012015
4
Perjumpaan Kokurikulum 2 –
Pelantikan AJK Kelab Pusat Sumber


Februari

1


14022015
2
Perjumpaan Kokurikulum 3 –
Boneka lidi



3


28022015
4
Perjumpaan Kokurikulum 4 –
Mencipta skrip cerita boneka


Mac

1



2



3



4
Melukis Kulit Buku

April

1


11042015
2
Perjumpaan Kokurikulum 5-
Persembahan boneka

18042015
3
Perjumpaan Kokurikulum 6 –
Permainan dalaman


4


Mei
09052015
1
Perjumpaan Kokurikulum 7-
Mereka Cipta Big Book


2



3


23052015
4
Perjumpaan Kokurikulum 8 –
Penanda buku

Jun

1



2



3



4


Julai

1



2



3



4


Ogos
08082015
1
Perjumpaan Kokurikulum 9 –
Resensi Buku Fiksyen

15082015
2
Perjumpaan Kokurikulum 10 –
Permainan Bahasa

22082015
3
Perjumpaan Kokurikulum 11 –
Artikel Majalah

29082015
4
Perjumpaan Kokurikulum 12 –
Mewarna Kulit Buku



9.0 ANALISIS SWOT



KEKUATAN


KELEMAHAN

  • Terdapat guru penasihat yang berpengalaman
  • Terdapat murid yang berbakat dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan


  • Peratus kehadiran yang tidak penuh semasa perjumpaan
  • Kemudahan peralatan yang agak terhad
  • Ahli kelab yang tidak komited terhadap aktiviti kelab.

PELUANG

ANCAMAN

  • Menggunakan segala alat dan kemudahan yang disediakan di Pusat Sumber
  • Sumber maklumat daripada sumber elektronik dan juga internet
  • Sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah

  • Kurang sokongan daripada pihak ibu bapa dan penjaga
  • Terdapat ahli yang aktif yang akan menamatkan persekolahan rendah pada akhir tahun.


PENUTUP



Ahli Kelab PSS akan  memaksimumkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran, disamping melatih murid-murid dengan kemahiran-kemahiran Sains Perpustakaan dan literasi maklumat yang mana ia sangat berguna pada masa hadapan.

Tuesday, February 3, 2015

PERANAN SUDUT-SUDUT YANG TERDAPAT DI DALAM PUSAT SUMBER

1.    SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH
  1. a.     Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru.
  2. b.    Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas.
  3. c.     Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
  4. d.    Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".
  5. e.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
2.   SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM
  1. a.     Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka.
  2. b.    Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
  3. c.     Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
3.   LAMAN GEMILANG(MURID BERJAYA UPSR)
  1. a.     Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
  2. b.    Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.
  3. c.     Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
4.   ALBUM PUSAT SUMBER
  1. a.     Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.
  2. b.    Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.
  3. c.     Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
5.   SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP
  1. a.     Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.
  2. b.    Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.
  3. c.     Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
6.   SUDUT PAMERAN BUKU BARU
  1. a.     Menarik minat murid untuk membaca.
  2. b.    Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
7.   SUDUT KUIZ BESTARI
  1. a.     Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan.
  2. b.    Meletak segala maklumat tentang pertandingan.
  3. c.     Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
8.   SUDUT SEJARAH SEKOLAH
  1. a.     Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.
  2. b.    Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
9. LAMAN CAKNA PANTUN
  1. a.     Menambah pengetahuan murid tentang pantun.
  2. b.    Mengekalkan budaya melayu.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH
  1. a.     Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.
  2. b.    Menghargai kejayaan sekolah.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
11. LAMAN KOLEKSI MAYA
Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu:
  1. i.     Sudut Mata Wang Sedunia
  2. ii.    Sudut Koleksi Setem Sedunia
  3. iii.   Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.

  1. a.    Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.
  2. b.    Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.
  3. c.    Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM
  1. a.     Menghargai bakat yang ada pada murid.
  2. b.    Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah.
  3. c.     Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
13. SUDUT HASIL KERJA MURID
  1. a.     Menghargai segala hasil kerja murid.
  2. b.    Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
14. SUDUT PERMAINAN
  1. a.     Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid.
  2. b.    Mengekalkan permainan tradisional
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
5. SUDUT POHON ILMU
  1. a.     Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid.
  2. b.    Mengantung bahan-bahan hasil seni murid.
  3. c.     Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
16. SUDUT BERCERITA
  1. a.     Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
  2. b.    Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
17. SUDUT MAYA PUPET
  1. a.     Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
  2. b.    Sebagi tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.

18. SUDUT WARISAN BUDAYA
  1. a.     Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang.
  2. b.    Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA
  1. a.     Untuk memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara.
  2. b.    Menanam sikap menyintai negara sendiri.
  3. c.     Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
20. LAMAN BUSANA
  1. a.     Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara        kita.
  2. b.    Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK
  1. a.     Mengekalkan barang-barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat         pada zaman sekarang.
  2. b.    Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud.
  3. c.     Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING
  1. a.     Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.
  2. b.    Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.
  3. c.     Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.
23. SUDUT SEJENAK MEMBACA
  1. a.    Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam                          perpustakaan.
  2. b.    Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana".
  3. c.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
24. SUDUT AKHBAR
  1. a.     Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa.
  2. b.    Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
25. SUDUT RUJUKAN GURU
  1. a.     Memudahkan murid mencari bahan rujukan.
  2. b.    Menarik minat guru ke perpustakaan.
26. SUDUT RUJUKAN MURID
  1. a.     Memudahkan murid mencari bahan rujukan
  2. b.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
27. SUDUT KAKTUS
  1. a.     Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP".
  2. b.    Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.
  3. c.     Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
28. SUDUT MAJALAH
  1. a.     Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.
  2. b.    Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
29. SUDUT HIDUPAN AIR
  1. a.     Memperkenalkan benda hidup kepada murid.
  2. b.    Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
30. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI
  1. a.     Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.
  2. b.    Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
31. SUDUT PROGRAM NILAM
  1. a.     Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM.
  2. b.    Melicinkan guru membuat analisis .
  3. c.     Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.
32. SUDUT ANGKASA LEPAS
  1. a.     Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.
  2. b.    Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.
  3. c.     Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.
33. SUDUT JALAN RAYA
  1. a.     Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni
  2. b.    Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
34. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM
  1. a.     Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam.
  2. b.    Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
35. SUDUT INFO AKURIUM
  1. a.     Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.
  2. b.    Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium
  3. c.     Menarik minat murid ke perpustakaan.
36. SUDUT NOSTALGIA GURU
  1. a.     Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.
  2. b.    Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.
  3. c.     Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.
  4. d.    Menarik minat murid ke perpustakaan.

ORIENTASI PUSAT SUMBER SK BANGSAR UNTUK MURID TAHUN 4

1.0         PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah atau lebih dikenali sebagai PSS adalah satu tempat di mana dikumpulkan segala jenis alat dan bahan media pendidikan.   
Pusat  Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia berfungsi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber.
Pusat Sumber SK Bangsar terletak di Blok A aras 2. Pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan aktiviti yang dapat menarik minat murid SK Bangsar mengunjungi PSSSKB bagi membaca dan mencari maklumat.

2.0 MATLAMAT
            Memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kemudahan  dan perkidmatan yang terdapat di Pusat Sumber SK Bangsar.

3.0TARIKH / MASA / TEMPAT
Selasa 27 Januari 2015
7.30 – 8.00 Pagi – 4 Dinamik
8.00-8.30 Pagi – 4 Efektif
11.00 – 11.30 Pagi - 4 Fokus
Rabu 28 Januari 2015
7.30 – 8.00 Pagi  - 4 Inisiatif
8.30 – 9.00 Pagi – 4 Inovatif
9.00 – 9.30 Pagi – 4 Kreatif
11.00 – 11.30 Pagi – 4 Optimal
11.30 – 12.00 Tengah Hari – 4 Progresif
Khamis 29 Januari 2015
9.00 – 9.30 Pagi – 4 Proaktif
9.30 – 10.00 Pagi – 4 Responsif
Pusat Sumber SK Bangsar.

4.0 SASARAN
Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
Murid Tahun 4

5.0 OBJEKTIF
1. Menarik minat murid mengunjungi Pusat Sumber SK Bangsar.
2. Meningkatkan  kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
3. Memupukkan sikap bertanggungjawab terhadap PSS.
4. Menjadikan kawasan PSS selesa dan mendorongkan pembelajaran di   
    kalangan murid.
5. Peningkatkan kehadiran murid ke PSS dan peminjaman buku.

6.0  KPI (INDIKATOR OUTPUT)
  1. Mewujudkan perkhidmatan lebih mesra dan kondusif.
  2. Menambah koleksi buku bahan bacaan bagi Program NILAM.
  3. Memberi cenderahati buat pengunjung bertuah setiap bulan.
  4. Menjadikan laluan maklumat di luar PSS.

7.0  IMPLIKASI KEWANGAN
Bil
Bahan
Jumlah
1.
Kelas terbaik
35 orang murid x RM 5

RM 175.00

Jumlah
RM 175.00



8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :
JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat                  : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Pengerusi                 : Pn Siti Maziah Binti Abdullah- GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi        : Pn Nor Shafina Bt Yasak- Gpk Hal Ehwal Murid
  Pn Norsilah Bt Dali - Gpk Kokurikulum
  Pn Tanma A/P Rajasegaran - Penyelia Petang
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Pn Rafeah Binti Badaruddin
Bendahari                 : Pn Zalina Binti Mohamad
Jurukamera               :  Encik Zulkifli Bin Saad
AJK                             : Pn Nor A’ain Bt Hasanuddin (Ketua Aliran Tahun 4)
                                      Semua Guru Tahun 4

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Orientasi Pusat Sumber SK Bangsar. Penerangan peraturan sebelum masuk ke PSS dan perkhidmatan yang disediakan di PSS. Taklimat Program NILAM dan cara untuk menulis maklumat buku yang dibaca ke dalam buku NILAM.

9.1       JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
Selasa 27 Januari 2015
7.30 – 8.00 Pagi – 4 Dinamik
8.00-8.30 Pagi – 4 Efektif
11.00 – 11.30 Pagi - 4 Fokus
Rabu 28 Januari 2015
7.30 – 8.00 Pagi  - 4 Inisiatif
8.30 – 9.00 Pagi – 4 Inovatif
9.00 – 9.30 Pagi – 4 Kreatif
11.00 – 11.30 Pagi – 4 Optimal
11.30 – 12.00 Tengah Hari – 4 Progresif
Khamis 29 Januari 2015
9.00 – 9.30 Pagi – 4 Proaktif
9.30 – 10.00 Pagi – 4 Responsif

10.00 KAEDAH PEMANTAUAN
Pemerhatian secara berterusan.

Disediakan oleh :                                                    

…………………………………..                             
( CIK NORHAZALINA HASHIM)                          
PENYELARAS       
Tarikh : 26 Januari 2015                            

Ulasan : Adalah menjadi harapan kepada AJK Jawatankuasa  dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua pihak.


*Diluluskan / Tidak Diluluskan


…………………………………..




Tarikh : 26 Januari 2015

Sunday, February 1, 2015

WAKTU OPERASI PSS

Selamat Datang ke PSS SK Bangsar.

SELAMAT HARI WILAYAH

Selamat menyambut Hari Wilayah yang ke 41. Tema : Wilayahku Ceria

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...