Almanak
(Bahasa Arab: ألمناخ al-manaakh, "musim, iklim") adalah suatu publikasi tahunan yang mengandung informasi tabular pada suatu atau beberapa topik yang disusun sesuai dengan kalender. Data astronomi dan berbagai jenis statistik juga ditemukan pada almanak, seperti waktu terbit dan tenggelamnya matahari dan bulan, gerhana, waktu pasang tinggi, perayaan keagamaan, garis waktu, dll. Asal kata bahasa Arabnya mencerminkan tujuan awal utama almanak untuk memberikan informasi mengenai kalender dan cuaca untuk dipergunakan bagi kepentingan pertanian.
Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Almanak
Kamus Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan seperti definisi, makna, asal-usul, sebutan, suka kata, tatabahasa, penggunaan dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.
Buku Rujukan Khas
Buku-buku Rujukan Khas memberi maklumat semasa secara terperinci, mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Antara buku rujukan khas adalah :
Abstrak
Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal.
Bibliografi
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang disusun mengikut nama pengarang,judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang disusun mengikut nama pengarang,judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi
Biografi
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat hidup individu.
Ensiklopedia Khusus
Ensiklopedia Khusus
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.
Glosari
Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan. Apabila pembaca membaca sesebuah buku, banyak perkataan baru akan ditemui. Untuk memahami maksud perkataan-perkataan tersebut, pembaca boleh merujuk halaman glosari di bahagian akhiran buku bukan fiksyen. Halaman glosari akan menerangkan maksud perkataan-perkataan baru yang terdapat dalam buku yang dibaca. Halaman ini mengandungi perkataan-perkataan yang penulis anggapkan baru kepada pembaca atau perkataan yang mempunyai makna tertentu di dalam buku yang ditulis oleh pengarang.
Indeks
Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.
Istilah
Istilah
Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.
No comments:
Post a Comment