Flipbook.

Monday, March 19, 2012

Kaedah yang boleh menyuburkan minat membaca

  1. Berniat membaca kerana Allah akan menghasilkan pahala yang banyak, dapat menguasai ilmu dan berpeluang untuk menyampaikannya kepada yang lain.
  2. Merancang bacaan sama ada bahan yang di baca  bersesuaia.
  3. Mengatur hidup yang berjadual serta menetapkan waktu yang sesuai untuk terus konsisten membaca dan meneruskan pembacaan serius secara bertahap agar tidak hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.
  4. Sediakan perbelanjaan bulanan untuk buku-buku dan biasakan membawa anak-anak seisi keluarga menyertai pameran-pameran atau ke kedai-kedai buku secara berkala.
  5. Memberi penumpuan untuk membaca dan mengujudkan suasana sekeliling yang kondusif untuk berlumba-lumba membaca.
  6. Mencatatkan isi-isi penting daripada bahan yang dibaca agar lekat dalam ingatan dan boleh dikongsikan
  7. Buat perpustakaan mini di rumah untuk diri dan anak-anak yang diatur kemas setiap masa.
  8. Sampaikan apa yang dibaca di laman sosial seperti facebook dan blog, bercerita kepada kawan-kawan atau ahli keluarga atau memberi tazkiran bila berpeluang
  9. Bantu sahabat dan kenalan anda dengan ‘membudayakan hidup membaca’ dengan saling memotivasikan di antara satu sama lain atau boleh juga diwujudkan kelab membaca.
  10. Dekatilah para ulama dan carilah ilmu daripada ilmuan ini serta mencontohi kehidupan mereka yang menjadikan al Quran sebagai pembimbingnya.   
  11. Sumber : http://www.islamituindah.my/mereka-bukan-umat-yang-membaca

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...