Flipbook.

Sunday, March 18, 2012

LAPORAN BERTEMA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

LAPORAN PENUH

PAMERAN BERTEMA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

1.0 TAJUK PROGRAM
1.1  Pameran Bertema Wilayah Persekutuan Labuan
 
2.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh             : 2- 29 Februari 2012
 3.0 TEMPAT
3.1 Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bangsar
 4.0 OBJEKTIF
4.1  Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid tentang sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan dan lokasi pelancongan yang menarik di Labuan.
4.2  Murid dapat mengenali dan mengetahui bendera Wilayah Persekutuan Labuan.
4.3  Murid dapat belajar mengurangkan tekanan belajar melalui penglibatan dalam penganjuran pameran.
5.0      AJK PELAKSANA
Pengerusi                 : Pn Che Norizam Binti Abdullah – Guru Besar
Naib Pengerusi        : Encik Mohd Ali Bin Kasmun – GPK 1
Penyelaras                : Cik Norhazalina Binti Hashim
Setiausaha               : Pn  Nor Asiah Bt Bidin
Naib Setiausaha      : Cik Amie Binti Ismail
Bendahari                 :  Cik Norfazliah Binti Mohamad
Jurukamera               :  Encik Mohd Nazir Bin Majid
AJK                             : Encik Zulkifli Bin Saad
                                            Pn Zalina Binti Mohamad
                                            Pn. Wan Izyan Binti Wan Mahadi
                                            Pengawas Pusat Sumber
6.0      AKTIVITI PELAKSANAAN
6.1  Gambar bendera Wilayah Persekutuan Labuan.
6.2  Maklumat mengenai sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan    dan lokasi tempat pelancongan yang menarik di Labuan.
6.3  Soalan kuiz
6.4  Pengunjung bertuah
6.5  Pertandingan Mewarna Bendera Wilayah Persekutuan Labuan.
7.0      KUMPULAN SASARAN
Warga SK Bangsar
8.0 Impak
 8.1 Mendapat kerjasama daripada AJK Pelaksana untuk menjayakan Pameran Bertema Wilayah Persekutuan Labuan.
8.2 Murid dapat mengetahui dan mengenali bendera Wilayah Persekutuan
  Labuan melalui pertandingan mewarna bendera.
8.3 Murid dapat mengaplikasi kemahiran literasi maklumat melalui aktiviti kuiz
 dengan mencari jawapan di sudut pameran di Pusat Sumber.
8.4 Murid dapat mengetahui lokasi, sejarah .tempat menarik dan budaya
      masyarakat di Wilayah Persekutuan Labuan.
9.0 LAPORAN
Pameran bertema Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 2 – 29 Februari 2012. Pihak AJK Pelaksana Pameran Bertema Wilayah Persekutuan Labuan telah menyediakan sudut pameran bertema melalui maklumat mengenai Wilayah Persekutuan Labuan.
Warga SK Bangsar telah war-warkan mengenai pameran ini melalui laman blog PSS dan pengumuman di perhimpunan pagi serta petang.
Murid-murid diberi peluang menyertai pertandingan mewarna bendera Wilayah Persekutuan Labua. Oleh itu, murid-murid secara tidak langsung mengetahui dan mengenai bendera Wilayah Persekutuan Labuan serta lambing warna yang terdapat dalam bendera tersebut.
Murid-murid mengaplikasilkan kemahiran literasi maklumat dengan membaca maklumat mengenai lokasi, sejarah penubuhan, budaya dan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Wilayah Persekutuan Labuan. Murid-murid mencari maklumat dan jawapan di sudut pameran melalui pertandigan kuiz yang disertai.

Majlis penyampaian hadiah diberi kepada para pemenang oleh guru besar Pn Che Norizam Binti Abdullah pada 29 Mac 2012 sesi pagi, manakala sesi petang pada 30 Mac 2012 semasa Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah.
10.0      PENUTUP
Pameran ini, dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar sekolah ini. Warga SK Bangsar dapat  memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa pameran itu nanti di samping mengetahui sejarah penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan  dan lokasi yang menarik di Pulau Labuan
11.0      LAMPIRAN
11.1   Nama-nama pemenang pertandingan mewarna bendera Wilayah Persekutuan
          Labuan dan kuiz.
11.2   : Gambar-gambar aktiviti Pameran Bertema Wilayah Persekutuan Labuan
Disediakan oleh :                                        
(CIK NORHAZALINA BINTI HASHIM)
PENYELARAS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...