Flipbook.

Saturday, October 10, 2015

PLC SEJARAH

PLC ialah singkatan kepada program Professional Learning Communities yang merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam usaha membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka
(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993;
DuFour, Eaker, & Many, 2006,).
PLC adalah satu pembudayaan sekolah yang menggalakkan pembelajaran guru secara kolaboratif untuk melaksanakan penambahbaikan.
  (Fullan, 2007)

 SK JALAN HANG TUAH 2
09 OKTOBER 2015
Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah Tahun 4
Tema / Tajuk
Zaman Prasejarah

Masa
8.00 – 9.00 pagi
Standard Kandungan
3.1 Kehidupan Manusia Prasejarah
Standard Pembelajaran
3.1.4 Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam  
           masyarakat prasejarah.
K.3.1.6  Menyatakan kepentingan menghargai tinggalan 
               sejarah.

Objektif
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
        I.            Murid dapat menyebut nama dan kegunaan alatan mengikut zaman.
      II.            Murid dapat menyenaraikan 3 kepentingan menghargai tinggalan sejarah.

Aktiviti
1.      Tayangan video berkenaan kehidupan pada zaman prasejarah
2.      Murid ditunjukkan dengan gambar peralatan zaman prasejarah.
3.      Sumbangsaran berkaitan dengan gambar tersebut.
4.      Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
5.      Setiap kumpulan diberi tajuk masing-masing dan
Murid menyenaraikan peralatan zaman prasejarah dengan menggunakan peta bulatan.
       6.  Setiap kumpulan diagihkan tanah liat untuk menghasilkan alatan    zaman prasejarah.
         7. Murid diminta menyatakan 3 kepentingan menghargai   
           tinggalan sejarah.

EMK
Nilai Murni            - semangat bermasyarakat
KPS                          - membuat imaginasi
ENT                         - kreativiti dan inovasi
KBAT                       - menyenaraikan dan menganalisis

Bahan Bantu Belajar
Slide Show, Gambar alatan, kertas putih bersaiz A4, tanah liat
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Refleksi

Tayangan video dan power point zaman prasejarah

Aktiviti i-THINK bulatan
Murid membuat replika alatan prasejarah dengan menggunakan tanah liat.
LAPORAN PEMERHATIAN REFLEKSI LESSON STUDY
SEKOLAH: SK JALAN HANG TUAH 2
KELAS: 4 AMAN
TAJUK: ZAMAN PRASEJARAH
TARIKH: 9 OKTOBER 2015
ASPEK
KOMEN
CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAIK RPH
1. Rancangan Mengajar/Lesson Plan
Penulisan RPH bagus dan mudah difahami.

2. Isi Kandungan/ Konten
Menarik dan mudah difahami

3. Soalan-soalan yang dikemukakan:Aras dan kesesuaian
Soalan yang dikemukakan KBAT namun murid sukar menjawab soalan yang diberikan
-Guru perlu mengetahui aras/tahap murid dan mencipta soalan-soalan yang sesuai
4. Keberkesanan bahan bantu mengajar
-Tayangan video sesuai


-Tiada tajuk pada gambar yang ditayangkan

-Aktiviti i-THINK perlu ditambahbaik






-Murid kurang bekerjasama



- Murid kurang memberikan perhatian sewaktu pembentangan jawapan


-Pastikan murid dapat mendengar suara tayangan video

-Letak tajuk pada gambar yang ditayangkan

-Perlu beri kertas kosong/kertas mahjung kepada murid
-Guru perlu mengajar murid dahulu cara menghasilkan peta I-THINK.
-Tidak boleh memberi format peta sepenuhnya pada kertas tersebut.

-Beri 1 kertas mahjung kepada setiap kumpulan untuk menggalakkan murid bekerjasama

-Guru perlu mengumpul kertas jawapan murid/menampal hasil kerja murid pada papan tulis
5.Penglibatan murid
Disiplin murid bagus dan kelas terkawal

6.Respon/ Jawapan murid
- Hanya beberapa orang murid sahaja yang aktif menjawab soalan yang dikemukakan

-Kebanyakan murid berpandukan buku teks untuk menjawab




-Galakkan murid untuk berimaginasi dan berfikir
7. Teknik pengajaran dan hasil pembelajaran murid
-Hasil pembelajaran tercapai
-Perbanyakkan aktiviti yang melibatkan murid

-Guru hanya sebagai fasi/pemerhati
8. Lain-lain
-Penutup bagus

-Terdapat guru lain yang membantu murid



-Guru lain tidak boleh melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan
-Hanya boleh menangkap gambar dan lain-lain  perkara yang sesuai.

Pakar Rujuk : Cik Norhazalina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...